Perjanjian Baru 2023
13–19 November. Yakobus: “Harus Menjadi Pelaku Firman, dan Bukan Setakat Pendengar Sahaja”


“13–19 November. Yakobus: ‘Harus Menjadi Pelaku Firman, dan Bukan Setakat Pendengar Sahaja,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“13–19 November. Yakobus,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

remaja membersihkan tembok

13–19 November

Yakobus

Harus Menjadi Pelaku Firman, dan Bukan Setakat Pendengar Sahaja

Ketika anda membaca Surat Yakobus, perhatikan ayat yang menonjol bagi anda. Bagaimanakah anda didorong untuk menjadi “pelaku” kata-kata ini? (Yakobus 1:22).

Mencatat Tanggapan Anda

Kadangkala hanya satu ayat tulisan suci dapat mengubah dunia. Yakobus 1:5 kelihatan seperti nasihat yang mudah—apabila di antara kamu ada yang kekurangan hikmat, hendaklah ia meminta kepada Tuhan. Tetapi ketika Joseph Smith yang berusia 14 tahun membaca ayat tersebut, “Ia masuk dengan kuasa yang besar ke dalam setiap perasaan hati[nya]” (Joseph Smith—Sejarah 1:12) Kemudian mengilhami Joseph bertindak atas peringatan Yakobus dan mencari kebijaksanaan daripada Tuhan melalui doa. Dan Tuhan sememangnya memberikan Joseph satu kunjungan syurgawi yang paling menakjubkan dalam sejarah manusia—Penglihatan Pertama. Penglihatan ini mengubah perjalanan hidup Joseph dan membawa kepada Pemulihan Gereja Yesus Kristus di bumi. Semua kita diberkati kini kerana Joseph Smith membaca dan bertindak atas Yakobus 1:5.

Apakah yang anda akan cari ketika anda mengkaji Surat Yakobus? Malah satu atau dua ayat akan mengubah anda atau seseorang yang anda kasihi. Anda boleh menemui bimbingan ketika anda berusaha memenuhi misi hidup anda. Anda boleh menemui dorongan untuk berbicara dengan ramah atau menjadi lebih sabar. Anda mungkin terdorong untuk lebih baik menyamakan tindakan anda dengan iman anda. Apa pun yang mengilhamkan anda, biarlah perkataan ini “masuk ke dalam setiap perasaan hati [anda].” Dan kemudian, apabila anda menerima firman itu dengan kelembutan seperti yang Yakobus tulis, menjadi pelaku firman, bukan hanya pendengar sahaja (lihat Yakobus 1:21–22).

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Siapakah Yakobus?

Secara umum dipercayai bahawa penulis Surat Yakobus ialah anak lelaki Maria, ibu kepada Yesus Kristus, dan oleh itu adalah adik tiri kepada Juruselamat. Yakobus disebut di dalam Matius 13:55; Markus 6:3; Kisah Rasul-Rasul 12:17; 15:13; 21:18; dan Galatia 1:19; 2:9. Dinyatakan dalam tulisan suci ini Yakobus adalah seorang pemimpin Gereja di Yerusalem dan telah dipanggil sebagai seorang Rasul (lihat Galatia 1:19).

Yakobus 1:2–4; 5:7–11

Bertahan dengan sabar membawa kepada kesempurnaan.

Selepas membaca Yakobus 1:2–4; 5:7–11, apakah yang anda rasa merupakan pesanan utama Yakobus tentang kesabaran? Anda boleh renungkan apa yang keluarga Elder Jeremy R. Jaggi pelajari tentang kesabaran dari ayat-ayat ini (lihat “Pastikan Ketabahan Kamu Menanggung Penderitaan dan Berbahagia!,” Liahona, Nov. 2020, 99–101). Apakah itu “ketabahan sempurna” untuk kesabaran? (Yakobus 1:4). Bagaimanakah anda dapat tunjukkan kepada Tuhan bahawa anda sedia untuk menjadi sabar?

Yakobus 1:3–8, 21–25; 2:14–26; 4:17

Iman memerlukan tindakan.

Bagaimanakah anda tahu jika anda memiliki iman dalam Yesus Kristus? Bagaimanakah pekerjaan anda mencerminkan iman anda kepada Tuhan? Fikirkan tentang soalan ini semasa anda mempelajari ajaran-ajaran Yakobus tentang iman. Anda boleh membaca tentang Abraham dan Rahab, dua contoh yang Yakobus telah sebutkan (lihat Kejadian 22:1–12; Yosua 2). Bagaimanakah mereka tunjukkan bahawa mereka memiliki iman kepada Tuhan?

Membaca Yakobus 1:3–8, 21–25; 2:14–26; 4:17 boleh membantu anda fikirkan cara anda dapat menjadi seorang pelaku firman yang lebih baik. Catatkan sebarang tanggapan yang anda terima, dan rancang untuk bertindak atasnya.

Lihat juga Alma 34:27–29; 3 Nefi 27:21.

Abraham berdoa di luar khemahnya

“Abraham percaya kepada Tuhan, dan kerana imannya Tuhan menerima dia sebagai orang yang melakukan kehendak Tuhan” (Yakobus 2:23). Abraham on the Plains of Mamre [Abraham di Ladang Mamre], oleh Grant Romney Clawson

Yakobus 1:263:1–18

Perkataan yang saya ucapkan berkuasa untuk melukakan atau memberkati orang lain.

Di antara bayangan yang Yakobus gunakan sepanjang suratnya, beberapa bahasanya yang lebih jelas terdapat dalam nasihatnya tentang bahasa. Pertimbangkan untuk membuat satu senarai semua cara Yakobus gambarkan tentang lidah atau mulut. Apakah setiap perbandingan atau gambar cadangan tentang perkataan yang kita harus ucapkan? Fikirkan sesuatu yang anda dapat lakukan untuk memberkati seseorang dengan perkataan anda (lihat Ajaran dan Perjanjian 108:7).

Yakobus 2:1–9

Sebagai seorang pengikut Yesus Kristus, saya harus mengasihi semua orang, tanpa mengira keadaan mereka.

Yakobus memberi amaran kepada Orang Suci terutamanya berkaitan menyanjung yang kaya dan menghina yang miskin, tetapi amaran itu boleh digunakan untuk perasaan berat sebelah atau prejudis yang kita mungkin miliki terhadap orang lain. Ketika anda mengkaji dengan penuh doa Yakobus 2:1–9, cari dalam hati anda sendiri dan dengarkan kepada dorongan Roh Kudus. Ia mungkin membantu untuk gantikan frasa dalam ayat-ayat ini, seperti “[orang] miskin dan memakai pakaian buruk” (ayat 2), dengan perkataan atau frasa lain yang menggambarkan seseorang yang anda mungkin tergoda untuk menghakimi dengan tidak adil. Adakah anda sedari perubahan yang anda perlu lakukan dalam cara anda melayani atau fikir tentang orang lain?

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Yakobus 1:5.Selepas membaca Yakobus 1:5, keluarga anda boleh merumuskan laporan Penglihatan Pertama (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:8–20. Jemput ahli keluarga untuk berkongsi kesaksian mereka tentang Nabi Joseph Smith dan pengalaman ketika Bapa Syurgawi telah menjawab doa-doa mereka.

6:35

Yakobus 1:26–27. Baca tafsiran Yakobus tentang “ibadat yang murni” dalam Yakobus 1:26–27, dan bincangkan cara keluarga anda dapat jadikan ibadat anda lebih murni.

Yakobus 3.Yakobus 3 termasuk banyak gambaran yang dapat mengilhamkan pengajaran berobjek untuk membantu keluarga anda berbicara dengan berbaik hati. Contohnya, anda boleh memarakkan api bersama dan bercakap tentang bagaimana perkataan yang kecil dan tidak baik boleh menyebabkan masalah besar (lihat ayat 5–6). Atau anda boleh hidangkan makanan yang masam dalam bekas yang bisanya digunakan untuk makanan manis–seperti jus lemon di dalam bekas madu. Ini boleh membawa perbincangan tentang penggunaan kata-kata manis dan mengangkat (lihat ayat 9–14).

Yakobus 4:5–8.Mengapakah kita harus “[meng]hampiri Tuhan” (Yakobus 4:8) ketika kita menghadapi godaan?

Yakobus 5:14–16.Presiden Dallin H. Oaks mengajar bahawa “ibu bapa harus menggalakkan lebih banyak berkat imamat dalam keluarga” (“Kuasa-kuasa Imamat,” Liahona, Mei 2018, 67). Mungkin membaca Yakobus 5:14–16 dan berkongsi pengalaman tentang menerima berkat imamat boleh menggalakkan ahli keluarga untuk meminta berkat apabila mereka sakit atau memerlukan kekuatan rohani.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu rohani cadangan: “Sudahkah ‘Ku Berbuat Baik?,” Nyanyian Rohani, no. 101.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Bertindak atas apa yang anda pelajari. Ketika anda mengkaji, dengar kepada dorongan Roh tentang bagaimana anda dapat gunakan apa yang anda pelajari ke dalam hidup anda. Dedikasi untuk mengikuti bisikan-bisikan dan menjalani injil dengan sepenuhnya. (Lihat Teaching in the Savior’s Way35.)

Joseph Smith sedang membaca Alkitab

Peringatan Yakobus untuk “berdoa kepada Tuhan” (Yakobus1:5) mengilhami Joseph Smith mencari kebijaksanaan daripada Tuhan. Foto oleh Christina Smith.