Perjanjian Baru 2023
20–26 November. 1 dan 2 Petrus: “Kegembiraan yang Kamu Alami Itu Sungguh Besar, Mulia, dan Tidak Terkata”


“20–26 November. 1 dan 2 Petrus: ‘Kegembiraan yang Kamu Alami Itu Sungguh Besar, Mulia, dan Tidak Terkata,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“20–26 November. 1 dan 2 Petrus,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Yesus Kristus mengkhutbahkan injil di dunia roh

Christ Preaching in the Spirit World [Kristus Berkhutbah di Dunia Roh], oleh Robert T. Barrett

20–26 November

1 dan 2 Petrus

“Kegembiraan yang Kamu Alami Itu Sungguh Besar, Mulia, dan Tidak Terkata”

Semasa anda membaca Surat Petrus, anda mungkin menerima tanggapan rohani. Catatkannya dengan segera semasa anda “masih berada di dalam Roh” (Ajaran dan Perjanjian 76:80) supaya anda dapat ingat dengan tepat apa yang Tuhan ajarkan anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Sejurus selepas Kebangkitan-Nya, Juruselamat membuat nubuat yang telah merisaukan Petrus. Dia meramalkan Petrus akan mati syahid kerana imannya, dibawa “ke tempat yang [dia] tidak mahu pergi … , menunjukkan bagaimana Petrus akan mati kelak untuk memuliakan Tuhan” (Yohanes 21:18–19). Bertahun kemudian, ketika Petrus menulis suratnya, dia tahu bahawa kesyahidan dia yang dinubuatkan semakin dekat: “Tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia ini, kerana Tuhan kita Yesus Kristus telah memberitahu aku dengan jelas” (2 Petrus 1:14). Namun kata-kata Petrus tidak dipenuhi ketakutan atau pesimis. Sebaliknya, dia mengajar Orang Suci untuk “bersukacita”, walaupun mereka “berdukacita untuk sementara waktu kerana mengalami berbagai-bagai cubaan.” Dia menasihati mereka untuk ingat bahawa “membuktikan sama ada [mereka] bersungguh-sungguh percaya Tuhan” dan “apabila Yesus Kristus datang kembali, akan menerima pujian, kemuliaan dan penghormatan” dan “menerima penyelamatan jiwa [mereka]” (1 Petrus 1:6–7, 9). Iman Petrus mungkin hal yang melegakan bagi Orang Suci pada masa itu, seperti ia menggalakkan Orang Suci zaman ini, yang juga “menanggung penderitaan bersama-sama Kristus. Dengan demikian [kita] akan bersukacita, apabila kemuliaan Kristus dinyatakan kelak” (1 Petrus 4:13).

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

1 Petrus 1:3–9; 2:19–24; 3:14–17; 4:12–19

Saya dapat mencari kegembiraan semasa percubaan dan penderitaan.

Tempoh selepas Penyaliban Kristus bukan masa yang mudah untuk menjadi seorang Kristian, dan surat pertama Petrus mengakui itu. Dalam empat bab pertama, anda akan perhatikan perkataan dan frasa yang menggambarkan kesusahan: berdukacita, cubaan, kesedihan, perlakuan yang tidak adil, dan penderitaan (lihat 1 Petrus 1:6; 2:19; 4:12–13). Tetapi anda juga akan perhatikan perkataan yang kelihatan sukacita—anda boleh membuat senarai tentang apa yang anda temui. Contohnya, semasa anda membaca 1 Petrus 1:3–9; 2:19–24; 3:14–17; dan 4:12–19, apa yang memberi anda harapan yang anda boleh mencari sukacita dalam keadaan yang susah?

Anda juga boleh membaca pesanan Presiden Russell M. Nelson “Kebahagiaan dan Penakatan Rohani” (Liahona, Nov. 2016, 81–84) dan mencari persamaan antara apa yang Petrus ajarkan dan apa yang Presiden Nelson ajarkan. Apakah yang dalam rancangan keselamatan dan injil Yesus Kristus yang memberi anda sukacita?

Lihat juga Ricardo P. Giménez, “Mencari Perlindungan Daripada Ribut Kehidupan,” Liahona, Mei 2020, 101–3.

1 Petrus 3:18–20; 4:1–6

Injil dikhutbahkan kepada orang mati supaya mereka dapat dihakimi dengan adil.

Suatu hari setiap orang akan berdiri di kerusi penghakiman dan “mempertanggungjawabkan hidup mereka kepada Tuhan yang siap menghakimi orang hidup dan orang mati” (1 Petrus 4:5). Bagaimanakah Tuhan boleh menghakimi semua orang dengan adil apabila peluang mereka untuk memahami dan menjalani injil amat berbeza. Perhatikan bagaimana ajaran yang Petrus ajarkan dalam 1 Petrus 3:18–20; 4:6 membantu menjawab soalan ini. Bagaimana ayat ini menguatkan iman adan dalam keadilan Tuhan?

Untuk terokai ajaran ini dengan lebih lanjut, kaji Ajaran dan Perjanjian 138, sebuah wahyu yang diterima Presiden Joseph F. Smith apabila dia merenungkan penulisan Petrus. Apakah kebenaran tambahan yang Presiden Smith pelajari?

2 Petrus 1:1–11

Melalui kuasa Yesus Kristus, saya boleh mengembangkan sifat ilahi saya.

Pernahkah anda rasa menjadi seperti Yesus Kristus dan mengembangkan sifat-Nya adalah mustahil? Elder Robert D. Hales memberi pendapat yang menggalakkan tentang cara kita boleh membina sifat seperti Kristus: “Sifat-sifat Juruselamat … merupakan sifat-sifat yang ditenun, yang satu ditambah kepada yang lain, yang berkembang di dalam kita dalam cara yang saling tindak. Dalam kata-kata lain, kita tidak boleh mendapat satu sifat Kristus tanpa juga mendapat dan mempengaruhi sifat-sifat lain. Bila satu sifat menjadi kuat, banyak sifat yang lain menjadi kuat juga” (“Menjadi Pengikut Tuhan Kita Yesus Kristus,” Liahona, Mei 2017, 46).

tenunan rumit yang warna-warni

Setiap sifat seperti Kristus yang kita bentuk membantu kita menenun penganutan rohani yang warna-warni.

Semasa anda membaca 2 Petrus 1:1–11, renungkan “sifat Tuhan” yang tersenarai dalam ayat-ayat ini. Dalam pengalaman anda, bagaimanakah ia adalah “ciri-ciri bercabang” seperti Elder Hales gambarkan? Bagaimanakah mereka membina di atas satu sama lain? Apakah lagi yang anda pelajari dari ayat-ayat ini tentang proses menjadi lebih seperti Kristus?

Anda juga boleh merenungkan “berkat-berkat yang sangat baik dan berharga yang dijanjikan” Tuhan kepada Orang Suci-Nya—termasuk anda (2 Petrus 1:4). Pesanan Elder David A. Bednar “Janji-janji yang Sangat Baik dan Berharga” (Liahona, Nov. 2017, 90–93) boleh membantu anda memahami apakah janji-janji tersebut dan bagaimana untuk menerimanya.

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

1 Petrus 2:5–10.Semasa anda membaca ayat ini dengan keluarga anda, pertimbangkan untuk gunakan batu untuk membantu keluarga anda gambarkan ajaran-ajaran Petrus tentang Juruselamat ialah “batu asas” kita. Bagaimana kita seperti “batu-batu yang hidup” yang Tuhan gunakan untuk membina Kerajaan-Nya? Apakah yang kita pelajari daripada Petrus tentang Juruselamat dan peranan kita dalam Kerajaan-Nya? Apakah pesanan Petrus kepada keluarga anda?

1 Petrus 3:8–17.Bagaimana kita boleh “sentiasa bersedia memberikan jawapan” kepada mereka yang tanya kita tentang kepercayaan kita? Keluarga anda mungkin suka lakon peranan situasi seseorang menanya mereka satu soalan tentang injil.

1 Petrus 3:18–20; 4:6.Apakah yang keluarga anda boleh lakukan untuk merasa terhubung dengan nenek moyang anda? Mungkin anda boleh meraikan hari lahir nenek moyang yang telah meninggal dengan menyediakan makanan kegemaran mereka, melihat gambar, atau menceritakan cerita-cerita dari kehidupan mereka. Jika boleh, anda boleh rancang untuk menerima tatacara untuk nenek moyang anda di bait suci (untuk bantuan, layari FamilySearch.org).

2 Petrus 1:16–21.Dalam ayat ini, Petrus mengingatkan Orang Suci tentang pengalamannya di Gunung Perubahan rupa (lihat juga Matius 17:1–9). Apakah yang kita boleh pelajari dari ayat-ayat ini tentang ajaran-ajaran nabi? (lihat juga Ajaran dan Perjanjian 1:38). Apakah yang memberikan kita keyakinan untuk mengikut nabi kita hari ini?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Sejarah Tentang Keluargaku Aku Kerjakan,” Buku Nyanyian Anak-anak, 100.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

“Sentiasa bersedia.” Masa mengajar tidak formal boleh datang dan hilang dengan cepat, jadi ia penting untuk mengambil kesempatan apabila ia muncul. Bagaimana kita boleh berusaha untuk “sentiasa bersedia” untuk mengajar ahli keluarga anda kebenaran injil dan berkongsi “harapan yang kamu miliki” (1 Petrus 3:15) apabila masa mengajar muncul? (Lihat Teaching in the Savior’s Way16.)

Petrus berkhutbah kepada sekumpulan orang

Walaupun Petrus melalui banyak penganiayaan dan pertentangan, dia kekal tidak tergoyah dalam kesaksian dia dalam Kristus.