Perjanjian Baru 2023
6–12 November. Ibrani 7–13: “Imam Agung Daripada Perkara-perkara Baik, Yang Sudah Ada Di Sini”


“6–12 November. Ibrani 7–13: ‘Imam Agung Daripada Perkara-perkara Baik, Yang Sudah Ada Di Sini,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“6–12 November. Ibrani 7–13,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Melkisedek sedang memberi satu berkat kepada Abram

Melchizedek Blesses Abram [Melkisedek Memberkati Abram], oleh Walter Rane. Kurnia-kurnia artis

6–12 November

Ibrani 7–13

“Imam Agung Daripada Perkara-perkara Baik, Yang Sudah Ada Di Sini”

Semasa anda baca Ibrani 7–13, anda mungkin menerima tanggapan daripada Roh Kudus. Pertimbangkan cara anda boleh catatkan tanggapan itu; contohnya, anda boleh catatkan ia dalam panduan ini, pada ruang kitab suci anda, atau dalam buku nota atau jurnal.

Mencatat Tanggapan Anda

Orang Suci yang beriman juga “dihina dan dianiaya” sehingga keyakinan mereka dilemahkan (lihat Ibrani 10:32–38). Paulus tahu bahawa Orang Yahudi yang memeluk agama Kristian mengalami penganiayaan yang hebat kerana agama baharu mereka. Untuk galakkan mereka kekal setia kepada kesaksian mereka, dia ingatkan mereka tradisi lama penganut yang beriman dari sejarah mereka: Habel, Henokh, Nuh, Abraham, Sara, Yusuf, Musa—“di sekeliling [mereka] ada banyak saksi” bersaksi bahawa janji-janji Tuhan adalah benar dan layak untuk ditunggu (lihat Ibrani 11; 12:1). Tradisi ini ialah tradisi anda juga. Warisan iman ini dikongsi oleh semua yang memandang “kepada Yesus, kerana iman kita bergantung kepada-Nya dari permulaan sehingga akhir” (Ibrani 12:2). Kerana Dia, apabila musuh hendak kita “tidak lagi percaya,” kita boleh “hampiri Tuhan dengan hati yang tulus dan iman yang teguh” (Ibrani 10:22, 38). Bagi kita, dan bagi Orang Suci zaman purba, Yesus Kristus ialah “imam agung daripada perkara-perkara baik, yang sudah ada di sini” (Ibrani 9:11).

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ibrani 7

Imamat Melkisedek mengarahkan saya kepada Yesus Kristus.

Buat banyak abad, orang Yahudi gunakan Imamat Lewi, juga dikenali sebagai Imamat Harun. Tetapi dengan kegenapan injil Yesus Kristus datanglah pemulihan Imamat Melkisedek yang lebih tinggi, yang menawarkan berkat yang lebih besar. Apakah yang anda dapat pelajari tentang Imamat Melkisedek dari Ibrani 7? Ingatlah bahawa tujuan surat ini—seperti semua tulisan suci—adalah untuk membina iman kepada Yesus Kristus, anda boleh perhatikan ayat-ayat yang bersaksi tentang Dia.

Berikut adalah beberapa contoh kebenaran lain yang anda mungkin temui:

Apakah berkat yang anda terima dari Imamat Melkisedek dan “tatacara-tatacaranya”? (Ajaran dan Perjanjian 84:20). Bagaimanakah Imamat Melkisedek telah membantu anda datang kepada Kristus?

Lihat juga Alma 13:1–13; Ajaran dan Perjanjian 121:36–46; Panduan Tulisan Suci, “Melkisedek,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org; Russell M. Nelson, “Harta Karun Rohani,” Liahona, Nov. 2019, 76–79; Dallin H. Oaks, “Imamat Melkisedek dan Kunci-kunci,” Liahona, Mei 2020, 69–72.

Ibrani 9; 10:1–22

Tatacara-tatacara zaman purba dan zaman moden mengarah kepada Yesus Kristus.

Para pembaca Yahudi asal surat ini biasa dengan khemah ibadat purba dan tatacara-tatacara yang Paulus huraikan. Tetapi ada orang yang tidak sepenuhnya faham bahawa tujuan tatacara-tatacara ini adalah untuk mengarah kepada korban tebusan Yesus Kristus.

Pada zaman alkitab, pada satu hari perayaan yang dipanggil Hari Tebusan, seorang imam agung masuk ke Bilik Suci (atau Bilik Maha Suci) dalam bait suci Yerusalem dan mengorbankan seekor kambing atau anak domba untuk menebus dosa Israel.

Semasa anda baca gambaran Paulus tentang tatacara-tatacara ini, cari lambang dan ajaran-ajaran yang membantu anda lebih memahami misi penebusan Juruselamat.

Tatacara-tatacara yang kita sertai hari ini berbeza dengan tatacara-tatacara pada zaman Paulus, tetapi tujuannya adalah sama. Bagaimanakah tatacara-tatacara hari ini bersaksi kepada anda tentang Yesus Kristus?

Ibrani 11

Iman perlukan kepercayaan terhadap janji Tuhan.

Jika seorang minta anda untuk gambarkan iman, apakah jawapan anda? Sister Anne C. Pingree gunakan bahasa dari Ibrani 11 untuk memberi definisi iman ini: “Kebolehan rohani untuk dipujuk dari janji-janji yang dilihat dari ‘jauh’ tetapi itu tidak boleh dicapai dalam kehidupan ini” (“Seeing the Promises Afar Off,” Liahona, Nov. 2003, 14).

Pertimbangkan untuk kembangkan definisi iman anda semasa anda renungkan idea-idea dalam Ibrani 11. Apakah yang contoh-contoh orang dalam bab ini ajarkan anda tentang iman? (Juga lihat Eter 12:6–22.)

Apakah janji-janji yang anda lihat dari “jauh”? Bagaimanakah anda dapat tunjukkan kepada Tuhan bahawa anda telah “nampak[nya] dan [telah] menyambutnya?” (Ibrani 11:13).

Lihat juga Alma 32:21, 26–43.

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ibrani 10:32–36.Anda boleh jemput ahli keluarga untuk berkongsi pengalaman rohani ketika mereka rasa “disinari” kebenaran. Bagaimana pengalaman ini membantu kita “janganlah putus harapan” pada masa cubaan atau keraguan?

Ibrani 11.Bagaimana anda boleh bantu ahli keluarga anda belajar dari contoh-contoh beriman yang disebutkan dalam Ibrani 11? Anda boleh lakonkan cerita-cerita beberapa contoh ini. Anda boleh kaji semula beberapa cerita ini dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama. Atau keluarga anda boleh bincang tentang contoh-contoh orang beriman yang anda tahu—termasuk nenek moyang, pemimpin Gereja, dan ahli komuniti anda. Anda juga boleh nyanyikan lagu tentang iman, seperti “Iman” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 50).

Ibrani 12:2.Menurut ayat ini, mengapa Yesus rela menahan kesakitan dan penderitaan penyaliban? Apakah yang ini ajarkan kita tentang bagaimana kita boleh bertahan cubaan kita? Presiden Russell M. Nelson memberikan beberapa tanggapan tentang ayat ini dalam pesanannya “Kebahagiaan dan Penakatan Rohani” (Liahona, Nov. 2016, 81–84).

Ibrani 12:5–11.Mengapa Tuhan menegur dan membetulkan kita? Apakah yang kita perhatikan dalam ayat-ayat ini tentang cara Tuhan melihat teguran? Bagaimana ayat-ayat ini mengubah cara kita memberi atau menerima teguran?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Iman,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 50.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan muzik untuk menjemput Roh dan belajar ajaran. Presidensi Utama berkata, “Muzik ada kuasa yang tidak terbatas untuk menggerakkan kita terhadap kerohanian yang lebih besar” (“First Presidency Preface,” Nyanyian Rohani, x). Bahkan lagu tentang iman, seperti “Teguh Pada Iman” (Nyanyian Rohani, no. 121), boleh menambah dalam perbincangan keluarga tentang Ibrani 11.

model Yerusalem zaman purba

Lambang dan tatacara bait suci zaman purba mengajar tentang peranan Yesus Kristus.