Perjanjian Baru 2023
13–19 November. Yakobus: Lakukanlah Apa yang Difirmankan-Nya, Bukan Hanya Mendengar Firman-Nya


“13–19 November. Yakobus: Lakukanlah Apa yang Difirmankan-Nya, Bukan Hanya Mendengar Firman-Nya,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2021)

“13–19 November. Yakobus,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
remaja sedang membersihkan tembok

13–19 November

Yakobus

Lakukanlah Apa yang Difirmankan-Nya, Bukan Hanya Mendengar Firman-Nya

Surat Yakobus mengandungi banyak kebenaran yang boleh memberkati kanak-kanak yang anda ajar. Ikuti Roh untuk menentukan kebenaran mana yang anda akan kongsi dengan mereka. Idea dalam panduan ini boleh membantu.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi satu asas injil yang mereka belajar dengan keluarga mereka pada minggu lalu atau dari kelas Sekolah Primer hari Ahad yang lepas. Selepas kanak-kanak berkongsi, jemput seorang lagi kanak-kanak dalam kelas untuk meringkaskan apa yang telah dikongsi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yakobus 1:5–6

Saya boleh minta Bapa Syurgawi membantu saya belajar apa yang benar.

Bantu kanak-kanak yang anda ajar memahami bahawa mereka boleh berpaling kepada Bapa Syurgawi untuk kebijaksanaan. Ini akan memberkati mereka dengan besar apabila mereka menghadapi soalan-soalan yang susah.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak mengulangi frasa “Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Tuhan” (Yakobus 1:5). Bagaimana kita bertanya soalan kepada Tuhan? Bagaimana Dia menjawab kita?

  • Tunjukkan gambar Penglihatan Pertama (Buku Seni Injil, no. 90).ChurchofJesusChrist.org Jelaskan bagaimana membaca Yakobus 1:5 mendorong Joseph Smith untuk meminta Bapa Syurgawi untuk membantunya dengan soalan (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:1–20). Kongsi kesaksian anda bahawa Tuhan menjawab doa-doa, dan bersaksi bahawa kanak-kanak boleh berdoa kepada-Nya apabila mereka mempunyai soalan-soalan. Minta kanak-kanak lukis gambar Joseph Smith membaca Yakobus 1:5 dan berdoa kepada Bapa Syurgawi.

Yakobus 3:1–13

Saya boleh bercakap dengan kebaikan hati.

Seperti kesaksian Yakobus, belajar untuk berkata hanya yang baik kepada orang lain akan membantu kita menjadi seperti Yesus Kristus (lihat Yakobus 3:2).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar sesuatu yang manis dan sesuatu yang masam. Bantu kanak-kanak memahami bahawa Bapa Syurgawi meminta kita untuk menggunakan lidah kita untuk mengucap perkara yang manis (atau baik) dan bukan perkara yang masam (atau tidak baik) (lihat Yakobus 3:10). Bantu mereka fikirkan contoh-contoh perkara baik yang kita boleh katakan kepada orang lain.

  • Beri setiap kanak-kanak satu lukisan seorang sedang bercakap. Jemput kanak-kanak untuk mengangkatnya apabila anda mengatakan sesuatu yang baik yang kita boleh lakukan dengan kata-kata kita (seperti bercakap benar, memberi pujian, dan menawarkan untuk membantu seseorang) dan menurunkannya apabila anda mengatakan sesuatu yang kita tidak sepatutnya lakukan dengan lidah kita (seperti bercakap bohong, mengejek nama orang lain, dan enggan mematuhi ibu bapa).

  • Mengukuhkan pesanan dari Yakobus 3:1–13 dengan nyanyikan bersama sebuah lagu tentang kebaikan, seperti “Kebaikan Mulai Dari Aku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 83).

Yakobus 5:7–11

Menerima berkat-berkat Tuhan memerlukan kesabaran.

Kesabaran tidak selalunya datang secara semula jadi, terutamanya untuk kanak-kanak. Pertimbangkan bagaimana anda boleh menggunakan nasihat Yakobus untuk membantu kanak-kanak yang anda ajar untuk belajar kesabaran.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak fikirkan masa-masa mereka perlu tunggu untuk sesuatu yang mereka benar-benar mahu. Kongsi satu pengalaman ketika anda perlu tunggu. Jelaskan bahawa menunggu sesuatu yang kita mahu tanpa merungut dipanggil kesabaran.

  • Ringkaskan Yakobus 5:7 dalam perkataan anda sendiri, dan tunjukkan gambar satu benih atau anak benih. Mengapakah kita memerlukan kesabaran apabila kita menanam tumbuh-tumbuhan? Apa yang akan berlaku jika kita cuba menarik anak benih untuk membuatnya tumbuh dengan cepat? Anda juga boleh bercakap dengan kanak-kanak tentang apa yang dimaksudkan untuk bersabar dengan orang lain dan diri kita sendiri. Bersaksi bahawa Tuhan dapat membantu kita belajar untuk bersabar.

  • Kongsi kisah Ayub, yang disebut dalam Yakobus 5:11 sebagai contoh kesabaran (lihat “Ayub,” dalam Cerita-Cerita Perjanjian Lama). ChurchofJesusChrist.org Bagaimanakah Ayub diberkati kerana kesabarannya?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yakobus 1:5–6

Bapa Syurgawi akan membantu saya belajar kebenaran jika saya mendapatkan bantuan-Nya.

Kanak-kanak yang anda ajar hanya beberapa tahun lebih muda daripada Joseph Smith ketika dia membaca Yakobus 1:5 dan telah diilhami untuk mendekati Bapa Syurgawi dalam doa. Pertimbangkan bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar untuk membina iman bahawa Tuhan akan membantu mereka apabila mereka kekurangan kebijaksanaan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak menceritakan kepada anda kisah Penglihatan Pertama Joseph Smith dalam kata-kata mereka sendiri (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:5–20). ChurchofJesusChrist.org Bagaimanakah membaca Yakobus 1:5 membantu Joseph? Bantu kanak-kanak memikirkan contoh lain orang-orang dalam tulisan suci yang telah menerima jawapan kepada doa mereka, seperti Nefi (lihat 1 Nefi 11:1–6) dan saudara lelaki Yared (lihat Eter 2:18–3:9). Apakah perkara lain yang kita boleh minta Bapa Syurgawi dalam doa?

  • Baca bersama kanak-kanak Joseph Smith—Sejarah 1:10–14. Jemput kanak-kanak untuk mencari perkara yang Joseph Smith lakukan untuk menerima jawapan kepada soalan-soalannya. Bagaimanakah kita dapat mengikuti teladan Joseph apabila kita mempunyai soalan?

Yakobus 1:22–27; 2:14–26

“Iman tanpa perbuatan adalah iman yang sia-sia.”

Bagaimanakah anda akan membantu kanak-kanak melihat hubungan di antara apa yang mereka percaya dan apa yang mereka lakukan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan lampu suluh tanpa bateri kepada kanak-kanak, satu pensel tanpa mata, atau sesuatu yang tidak berguna atau “sia-sia.” Minta kanak-kanak membaca Yakobus 2:14–17. Bagaimana objek-objek ini menjelaskan kebenaran dalam ayat-ayat ini?

  • Jemput beberapa kanak-kanak membaca dengan senyap Yakobus 1:22–27 dan yang lain untuk membaca 2:14–18. Kemudian jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka boleh lakukan untuk tunjukkan mereka adalah pelaku kata. Contohnya, bagaimanakah mereka sedang mematuhi perjanjian pembaptisan mereka? Adakah mereka mengenali seseorang yang sakit atau sunyi, yang mereka boleh kunjungi? Bagaimanakah mereka boleh melayani keluarga mereka dengan lebih banyak? Anda juga boleh mengingatkan mereka tentang kata-kata yang mereka mungkin dengar di pertemuan sakramen hari ini. Bagaimana kita boleh menjadi pelaku kata-kata ini?

Imej
Abraham berdoa di luar khemahnya

“Abraham percaya kepada Tuhan” (Yakobus 2:23). Abraham on the Plains of Mamre [Abraham di Mamre], oleh Grant Romney Clawson

Yakobus 3:1–13

Saya boleh pilih untuk bercakap dengan kebaikan hati.

Kata-kata yang kita katakan kepada satu sama lain mungkin kelihatan tidak penting, tetapi seperti kesaksian Yakobus, ia boleh mempunyai pengaruh berkuasa, untuk yang baik atau tidak baik.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Adakah sesiapa di bahagian, mungkin salah satu kanak-kanak yang anda ajar, yang pernah bekerja dengan kuda atau tahu sesuatu tentang kapal? Anda boleh menjemputnya untuk memberikan pandangan tentang ajaran Yakobus dalam Yakobus 3:3–4 tentang menggunakan kata-kata yang baik. Atau memberikan beberapa pandangan anda sendiri. Apakah yang kita belajar tentang mengawal lidah kita dari contoh-contoh ini?

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Yakobus 3:1–13 dan melukis gambar sesuatu yang mereka rasa mengajar tentang mengawal lidah kita. Beri mereka masa untuk berkongsi gambar mereka dan apa yang mereka pelajari. Nyanyi bersama sebuah lagu tentang menggunakan kata-kata yang baik, seperti “Ramahlah dalam Bertutur Kata” (Nyanyian Rohani, no. 106).

  • Selepas mengkaji semula Yakobus 3:1–13 bersama, kaji semula standard untuk berbahasa dalam Untuk Kekuatan Remaja ([buku kecil, 2022], 12). Bantu kanak-kanak menetapkan matlamat untuk memperbaiki cara mereka bercakap dengan orang lain, dan galakkan mereka untuk meminta Bapa Syurgawi untuk membantu mereka dengan matlamat ini.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk melakukan sesuatu minggu ini untuk menggunakan apa yang mereka pelajari di kelas, seperti berdoa kepada Bapa Syurgawi dengan soalan atau cuba menjadi lebih sabar. Minta mereka berkongsi pengalaman mereka di kelas seterusnya.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak menjadi aktif. “Semasa anda mengajar kanak-kanak, benarkan mereka membina, melukis, mewarna, menulis, dan mencipta. Perkara-perkara ini lebih dari sekadar aktiviti yang menyeronokkan—mereka penting untuk belajar” (Teaching in the Savior’s Way25).

Cetak