“Ayub,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2021)
“Ayub,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
Ayub 1–3; 19; 38–42
Ayub
Mempercayai kasih Tuhan
Ayub seorang lelaki baik yang mengasihi Tuhan dan mematuhi perintah-perintah-Nya. Dia dan isterinya mempunyai 10 orang anak, dan dia memiliki banyak haiwan ternakan dan sangat kaya.
Tuhan membenarkan iman Ayub diuji. Ayub melalui perkara-perkara yang sukar.
Suatu hari, banyak ternakan Ayub telah dicuri. Tidak lama selepas itu api membakar semua kepunyaan Ayub dan membunuh semua pekerja dan haiwan-haiwan lain. Kemudian ribut datang dan merobohkan rumah anak Ayub. Semua anak Ayub berada di dalam, dan mereka semua meninggal dunia. Ayub dan isterinya telah kehilangan segalanya kecuali kesihatan mereka.
Ayub dan isterinya sedih. Mereka telah kehilangan segalanya, termasuklah anak-anak mereka. Namun Ayub masih beriman kepada Tuhan. Dia tidak menyalahkan Tuhan atas segala yang telah berlaku.
Kemudian Ayub jatuh sakit. Luka-luka yang sakit memenuhi badannya. Ayub dan isterinya tertanya-tanya mengapakah semua perkara yang tidak baik ini berlaku.
Tuhan berbicara kepada Ayub dan menunjukkan dia bumi, bintang-bintang dan segala benda yang hidup. Tuhan mengajar Ayub satu ajaran yang penting. Semua dicipta untuk membantu anak-anak Bapa Syurgawi belajar tentang Putera-Nya Yesus Kristus dan untuk mengikut Dia.
Ayub bertaubat dan meminta pengampunan Tuhan kerana telah meragui Tuhan. Dia berjanji untuk mempercayai Tuhan. Tuhan tahu bahawa Ayub mengasihi Dia. Dia memulihkan Ayub dan memberkatinya dengan lebih ramai anak dan menggandakan kekayaannya berbanding dulu.