“Nabi Perempuan Debora,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Nabi Perempuan Debora,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
Nabi Perempuan Debora
Seorang pemimpin yang membantu Israel mempercayai Tuhan
Debora ialah seorang nabi perempuan, seorang pemimpin orang Israel beriman yang diilhami oleh Tuhan. Rakyatnya telah berhenti mematuhi perintah-perintah Tuhan, dan suku-suku Kanaan memerintah mereka. Selepas dua puluh tahun, orang Israel mula berdoa untuk bantuan Tuhan.
Tuhan mendengar doa-doa mereka. Dia memberitahu Debora untuk mengumpulkan tentera orang Israel untuk berperang melawan suku-suku Kanaan.
Tentera suku-suku Kanaan mempunyai banyak askar dan kereta kuda. Ini membuat tentera Israel takut, tetapi Debora tidak. Dia tahu Tuhan akan membantu mereka.
Barak ialah pemimpin tentera orang Israel. Dia tidak mahu berperang. Tetapi dia berfikir jika Debora pergi bersama tentera, Tuhan akan melindungi mereka. Debora bersetuju untuk pergi. Debora bernubuat bahawa seorang wanita akan mengalahkan Sisera, pemimpin tentera suku-suku Kanaan.
Tentera Israel berkumpul di sebuah gunung, dan suku-suku Kanaan berkumpul di lembah. Debora memberitahu Barak untuk turun dari gunung. Dia berjanji bahawa Tuhan akan bersama mereka.
Tuhan menurunkan hujan, dan kereta-kereta kuda suku-suku Kanaan hanyut dalam air. Banyak suku-suku Kanaan lemas di sungai itu, tetapi Sisera melarikan diri.
Hakim-Hakim 4:15, 17; 5:4–5, 19–22
Seorang wanita bernama Yael tinggal di sebuah khemah berdekatan. Dia nampak Sisera berlari dan menyuruhnya untuk bersembunyi dalam khemahnya. Yael tahu bahawa Sisera seorang pemimpin tentera suku-suku Kanaan dan membunuhnya supaya dia tidak dapat mencederakan lebih ramai orang.
Nubuat Debora menjadi benar. Sisera dikalahkan oleh seorang wanita berani. Debora menyanyikan lagu untuk membantu orang Israel mengingati bagaimana Tuhan telah menyelamatkan mereka. Orang Israel mematuhi perintah-perintah dan hidup dalam kedamaian selama 40 tahun.