“Daniel dan Gua Singa,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Daniel dan Gua Singa,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
Daniel 6
Daniel dan Gua Singa
Keberanian seorang lelaki untuk berdoa
Darius menjadi penjajah Babel. Dia amat mengasihi Daniel dan ingin menjadikan dia pemimpin kerajaannya. Beberapa orang-orang bijaksana raja itu berasa cemburu.
Orang-orang bijaksana tahu bahawa Daniel berdoa kepada Tuhan, jadi mereka memperdayakan raja untuk mencipta undang-undang baharu. Sesiapa yang berdoa kepada Tuhan akan dibuang ke dalam gua singa.
Meskipun demikian Daniel tetap memilih untuk berdoa kepada Tuhan. Orang-orang bijaksana nampak Daniel berdoa dan melaporkannya kepada raja bahawa Daniel telah melanggar undang-undang itu. Raja itu sedar bahawa orang-orang bijaksananya telah memperdayakannya. Dia cuba mencari jalan untuk menyelamatkan Daniel, tetapi raja itu terpaksa mengikut undang-undangnya.
Daniel dihumban ke dalam gua singa. Raja tidak tidur sepanjang malam, dan berpuasa agar Daniel dilindungi.
Keesokan awal pagi, raja bergegas ke gua singa. Dia memanggil Daniel untuk melihat jika dia masih hidup. Daniel menyahutnya! Dia memberitahu raja bahawa Tuhan telah mengutus seorang malaikat untuk menutup mulut-mulut singa. Singa-singa tidak mencederakan Daniel.
Raja amat gembira kerana Daniel selamat. Dia menghukum orang-orang bijaksana yang telah memperdayanya, dan dia menamatkan undang-undang itu. Dia mengajar rakyat negaranya tentang kuasa dan kebaikan Tuhan.