“Nehemia,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Nehemia,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
Nehemia 1–2; 4; 6
Nehemia
Membina semula tembok di Yerusalem
Nehemia ialah seorang orang Yahudi yang tinggal di Persia. Dia ialah orang suruhan raja yang dipercayai. Suatu hari Nehemia mendengar bahawa orang Yahudi di Yerusalem sedang menderita. Tembok-tembok yang melindungi Yerusalem telah dimusnahkan dan tidak pernah dibina semula. Yerusalem berada dalam bahaya. Nehemia berpuasa dan berdoa untuk bantuan Tuhan.
Raja tanyakan Nehemia mengapa dia sedih. Dia memberitahu raja tentang bahaya di Yerusalem. Raja berkata dia boleh membantu. Nehemia minta untuk pergi ke Yerusalem dan membina semula tembok itu. Raja menjadikan Nehemia seorang pemimpin dan memberinya bekalan yang diperlukan.
Nehemia dan orang Yahudi mula membina semula tembok-tembok Yerusalem. Tetapi musuh mengejek mereka dan cuba menghentikan mereka.
Musuh-musuh cuba memperdaya Nehemia untuk meninggalkan kota itu. Tetapi Nehemia tidak mahu pergi. Dia mempercayai Tuhan. Dia sedang melakukan pekerjaan yang hebat.
Nehemia memberitahu orangnya untuk jangan takut. Mereka meletakkan pengawal di tembok untuk memastikan ia selamat. Orang Yahudi terus membina tembok. Tuhan memberi orang Yahudi kekuatan, dan mereka menyiapkan tembok itu dalam 52 hari. Yerusalem sekali lagi selamat.