“Nabi Maleakhi,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Nabi Maleakhi,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
Nabi Maleakhi
Menjalani hukum persepuluhan
Orang Yahudi membayar persepuluhan dengan memberikan sepersepuluh daripada tanaman dan haiwan mereka kepada Tuhan. Tuhan memberkati mereka apabila mereka membayar persepuluhan. Tetapi sesetengah orang Yahudi mula memberi roti buruk atau haiwan buta atau sakit sebagai persepuluhan mereka. Mereka menyimpan yang terbaik untuk diri sendiri.
Kejadian 14:20; 28:22; Ulangan 12:6, 11, 17; Maleakhi 1:7–8, 12–13
Tuhan tidak gembira. Maleakhi, seorang nabi, memberitahu orang Yahudi bahawa mereka merompak Tuhan ketika mereka tidak jujur dalam membayar persepuluhan. Maleakhi beritahu mereka untuk bertaubat.
Tuhan memberi orang Yahudi satu janji. Jika mereka memberikan persepuluhan yang jujur, Tuhan akan mencurahkan berkat-berkat besar dari syurga.