“Paskah,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Paskah,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
Paskah
Dilindungi oleh Tuhan
Firaun tidak mahu membebaskan orang Israel, jadi Tuhan memberitahu Musa bahawa Dia akan menghantar satu bencana terakhir. Anak sulung setiap keluarga di negeri Mesir akan mati, bahkan anak sulung ternakan mereka.
Tuhan berjanji bahawa jika orang Israel mengikuti arahan-Nya, bencana itu akan melewati mereka dan tidak menyakiti mereka.
Tuhan memfirmankan setiap keluarga Israel untuk mengorbankan anak domba jantan yang sempurna dan mengecat darah anak domba pada pintu rumah mereka.
Tuhan memfirmankan orang Israel untuk masak dan makan anak domba dengan cepat. Semasa mereka makan, mereka harus berpakaian dan bersedia untuk meninggalkan rumah mereka. Tuhan berkata jika orang Israel melakukan hal-hal ini, anak sulung mereka akan selamat dari bencana.
Seperti amaran yang Tuhan telah berikan, bencana itu datang. Semua anak lelaki sulung di Mesir meninggal dunia, termasuk putera sulung Firaun. Tetapi bencana itu melewati setiap rumah yang mempunyai darah anak domba pada pintu. Anak sulung orang Israel diselamatkan kerana mereka mematuhi Tuhan.
Apabila Firaun nampak anak lelakinya sendiri telah meninggal dunia kerana bencana ini, dia arahkan Musa dan Harun untuk membawa semua orang Israel dan meninggalkan Mesir.
Orang Israel pergi, tetapi Firaun marah. Dia mengumpulkan tentera serta kereta kudanya dan mengejar orang Israel.
Orang Israel berkhemah di Laut Merah. Tidak lama kemudian raja dan tenteranya mendekati mereka. Apabila orang Israel melihat orang Mesir datang, mereka takut. Tetapi Musa memberitahu orang Israel bahawa Tuhan akan melindungi mereka.
Ketika orang Mesir semakin dekat, Tuhan memfirmankan Musa untuk mengangkat tongkatnya. Musa melakukannya, dan Tuhan memisahkan laut. Orang Israel menyeberangi laut di atas tanah kering. Mereka melarikan diri daripada Firaun dan tenteranya.
Tentera Mesir mengejar orang Israel. Apabila semua orang Israel selamat di sebelah laut, Tuhan kembalikan air laut. Tentera orang Mesir lemas di dalam laut.
Akhirnya orang Israel bebas. Mereka menyanyikan lagu, menari dan bersyukur kepada Tuhan. Mereka selalu mengingati Paskah sebagai masa Tuhan menyelamatkan nyawa mereka dan memimpin mereka keluar dari Mesir.