Cerita-cerita Kitab Suci
Orang Israel di Padang Belantara


“Orang Israel di Padang Belantara,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)

“Orang Israel di Padang Belantara,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

Keluaran 16

Orang Israel di Padang Belantara

Belajar untuk bergantung kepada Tuhan

Orang Israel sedang merungut

Tidak lama selepas orang Israel meninggalkan Mesir, mereka merungut tentang tidak mempunyai makanan yang cukup. Mereka berkata adalah lebih baik untuk menjadi hamba di Mesir daripada kebuluran di padang belantara.

Keluaran 16:1–3

Orang Israel sedang mengumpul manna

Bagi mengajar orang Israel untuk mempercayai-Nya, Tuhan menghantar roti dari syurga untuk mereka kutip setiap hari. Mereka memanggil roti itu manna. Rasanya seperti madu. Tuhan tidak menghantar manna pada hari Sabat, iaitu hari ketujuh dalam seminggu. Jadi pada hari keenam, Dia memerintahkan mereka untuk mengambil manna yang mencukupi selama dua hari.

Keluaran 16:4–5, 14–31

orang Israel sedang mengumpulkan burung puyuh

Untuk suatu masa, Tuhan turut menghantar burung puyuh untuk orang Israel makan. Pada waktu pagi mereka mengambil manna, dan pada petang mereka mengumpulkan burung puyuh. Tuhan mahu orang Israel belajar untuk mempercayai-Nya. Dengan cara ini, Dia menjaga mereka di padang belantara.

Keluaran 16:11–13