Cerita-cerita Kitab Suci
Wabak-wabak Mesir


“Wabak-wabak Mesir,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)

“Wabak-wabak Mesir,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

Keluaran 4–5; 7–12

Wabak-wabak Mesir

Pilihan-pilihan Firaun yang melawan Tuhan

Musa dan Harun bercakap dengan Firaun

Musa mempercayai Tuhan dan kembali ke Mesir. Musa dan abangnya Harun bertemu dengan Firaun dan meminta orang Israel dibebaskan dan dibenarkan untuk meninggalkan Mesir. Firaun menjadi marah dan tidak bersetuju. Dia memaksa orang Israel untuk bekerja lebih keras.

Keluaran 4:10–16; 5:1–18

air sungai berubah menjadi darah

Oleh kerana Firaun mengingkari Tuhan, orang Mesir dikutuk dengan pelbagai wabak yang teruk. Pertama, semua air di Mesir bertukar menjadi darah. Musa sekali lagi meminta Firaun untuk membebaskan orang Israel, tetapi Firaun menolak.

Keluaran 7:14–25

katak-katak melompat ke atas orang Mesir

Kemudian, Tuhan menghantar banyak katak ke Mesir. Katak terdapat di merata tempat. Firaun berkata dia akan membebaskan orang Israel jika katak hilang. Tuhan menghilangkan katak, tetapi Firaun tidak membebaskan orang Israel. Kemudian Tuhan menghantar kutu dan lalat.

Keluaran 8:1–32

Orang Mesir dan haiwan-haiwan mati

Selepas itu, semua haiwan ternakan orang Mesir mati, tetapi haiwan ternakan orang Israel tidak mati. Kemudian orang Mesir memperoleh bisul di seluruh badan mereka .

Keluaran 9:3–12

hujan batu dan sambaran kilat memusnahkan Mesir

Satu ribut hujan batu dan sambaran kilat turut melanda Mesir. Ini menyebabkan kemusnahan yang hebat.

Keluaran 9:22–35

Belalang-belalang makan tanaman

Firaun masih tidak mahu membebaskan orang Israel. Maka Tuhan menghantar banyak belalang, dan semua makanan dimakan oleh belalang.

Keluaran 10:12–20

Firaun

Kemudian kegelapan yang pekat meliputi Mesir selama tiga hari. Dalam setiap wabak yang berlaku, Firaun berjanji untuk melepaskan orang Israel jika wabak itu dihentikan, tetapi dia menipu.

Keluaran 10:21–23, 27

Musa dan keluarga

Selepas wabak kesembilan, Firaun masih tidak mahu melepaskan orang Israel. Tuhan memberitahu Musa satu wabak yang teruk akan berlaku. Tuhan memimpin dan melindungi orang Israel ketika mereka menantikan pembebasan mereka.

Keluaran 11:4–7; 12:1–13