“Nabi Yosua,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Nabi Yosua,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
Ulangan 10; 31; 34; Yosua 1; 3–6; 10–11; 21; 24
Nabi Yosua
Ujian terakhir sebelum memasuki negeri yang dijanjikan
Tuhan memanggil Yosua untuk menjadi nabi baharu selepas nabi Musa dibawa ke syurga. Ketika orang Israel berkhemah dekat Sungai Yordan, Tuhan berfirman bahawa sudah tiba masanya mereka berpindah ke negeri yang dijanjikan.
Ulangan 34:1–9; Yosua 1:1–4; Alma 45:19
Negeri yang dijanjikan berada di Kanaan, tetapi orang jahat tinggal di sana. Tuhan memberitahu Yosua untuk menjadi kuat dan berani. Dengan bantuan Tuhan, orang Israel dapat menakluki negeri Kanaan.
Yosua mengumpulkan sepasukan tentera. Tuhan memberitahu mereka untuk membawa batu bersurat Sepuluh Perintah dan tulisan suci yang lain. Para imam membawa barang-barang kudus ini ke dalam kotak yang dipanggil tabut perjanjian. Kemudian tentera itu bersedia untuk menyeberangi Sungai Yordan. Sungai itu dalam dan mengalir dengan deras.
Ulangan 10:5; 31:25–26; Yosua 1:10–11; 3:1–11
Yosua berjanji kepada orang Israel bahawa Tuhan akan membantu mereka menyeberangi sungai.
Yosua meminta 12 imam untuk mengambil tabut perjanjian dan berjalan di dalam air. Sebaik sahaja imam-imam itu melangkah ke sungai, air itu terpisah.
Orang Israel menyeberangi sungai di tanah kering. Yosua meminta orang Israel untuk mengambil 12 batu dari sungai kering. Dia menyusun batu-batu untuk mengingatkan orang Israel tentang mukjizat Tuhan pada hari itu.
Yosua memimpin tentera orang Israel ke negeri Kanaan. Mereka tiba di sebuah kota yang bernama Yerikho. Kota itu sangat kuat dan mempunyai tembok tinggi. Tuhan memberitahu Yosua bagaimana untuk menakluki Yerikho. Dia berfirman orang Israel harus berkawat sekitar Yerikho setiap hari selama enam hari. Yosua mematuhi Tuhan.
Yosua memberitahu para imam untuk membawa tabut perjanjian di hadapan orang Israel. Setiap hari, tentera berkawat sekitar Yerikho, dan tujuh imam meniup trompet mereka. Semua orang Israel yang lain diam.
Pada hari ketujuh, tentera berkawat sekitar Yerikho sebanyak tujuh kali. Apabila para imam meniup trompet mereka, Yosua memberitahu orang Israel untuk berteriak. Tiba-tiba tembok Yerikho jatuh ke tanah, dan tentera Yosua menakluki kota itu.
Tuhan membantu orang Israel, seperti yang Dia telah janjikan. Tentera Yosua terus menakluki negeri Kanaan, dan orang Israel mula tinggal di sana. Yosua mengingatkan mereka tentang mukjizat dan janji Tuhan. Dia minta orang Israel pilih untuk melayani Tuhan.