Scripture Stories
Nabi Yunus


“Nabi Yunus,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2021)

“Nabi Yunus,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

Yunus 1–4

Nabi Yunus

Belajar mempercayai belas kasihan Tuhan

Imej
Yunus kelihatan sedih

Yunus seorang nabi. Tuhan memfirmankan dia untuk memberi amaran kepada orang Niniwe bahawa kota mereka akan dimusnahkan jika mereka tidak bertaubat.

Yunus 1:1–2

Imej
Yunus menaiki kapal

Tetapi orang Niniwe adalah musuh orang Israel. Yunus tidak mahu berkhutbah kepada mereka. Jadi dia menaiki sebuah kapal untuk berlayar jauh dari Niniwe.

Yunus 1:3

Imej
Kapal dalam lautan beribut badai

Ketika Yunus berada di atas kapal itu,sebuah ribut besar datang. Para lelaki yang berada dalam kapal itu amat takut. Mereka meminta Yunus untuk berdoa kepada Tuhan supaya mereka boleh diselamatkan.

Yunus 1:4–6

Imej
Yunus sedang bercakap dengan pelayar-pelayar

Yunus tahu Tuhan telah menghantar ribut kerana dia melarikan diri daripada tugas yang Tuhan berikan. Yunus ingin menyelamatkan mereka yang berada di atas kapal. Dia berkata jika mereka membuangnya ke laut, ribut itu akan berhenti.

Yunus 1:12

Imej
pelayar-pelayar membuang Yunus dari kapal

Pelajar-pelayar tidak mahu membuang Yunus dari kapal. Mereka cuba mengarahkan kapal itu ke darat, tetapi ribut terlalu kuat. Akhirnya, mereka membuang Yunus ke laut.

Yunus 1:13–15

Imej
ikan besar menelan Yunus

Ribut itu berhenti. Tetapi kemudian Yunus ditelan oleh seekor ikan yang besar.

Yunus 1:15, 17

Imej
Yunus di tepi pantai

Yunus berada di dalam perut ikan itu selama tiga hari dan tiga malam. Pada masa itu, Yunus berdoa dan bertaubat. Dia ingin melakukan perkara yang benar dan mendengar firman Tuhan. Tuhan mendengar doa-doa Yunus dan mengarahkan ikan itu untuk memuntahkan Yunus ke atas tanah kering.

Yunus 1:17; 2:1–10

Imej
Yunus berkhutbah kepada orang ramai

Tuhan mengarahkan Yunus untuk kembali berkhutbah kepada orang Niniwe. Kali ini Yunus patuh. Dia pergi ke Niniwe dan memberitakan pertaubatan jika tidak Tuhan akan memusnahkan kota mereka. Raja dan rakyat Niniwe bertaubat. Tuhan mengampuni mereka dan tidak memusnahkan Niniwe.

Yunus 3

Imej
Yunus kelihatan marah

Namun Yunus kecewa kerana orang Niniwe tidak dimusnahkan. Dia rasa mereka tidak layak diampunkan.

Yunus 4:1–2

Imej
Yunus melihat pokok yang mati

Untuk mengajar Yunus, Tuhan menumbuhkan sejenis tanaman yang memberi Yunus teduh daripada matahari. Tanaman itu mati, dan Yunus berasa sedih.

Yunus 4:5–9

Imej
Yunus mengajar sekumpulan orang

Tuhan mengajar Yunus tentang anak-anak-Nya. Yunus belajar bahawa dia harus berasa sedih apabila orang tidak bertaubat dan berasa gembira apabila mereka bertaubat.

Yunus 4:10–11

Cetak