Scripture Stories
Nabi Yesaya


Nabi Yesaya,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)

“Nabi Yesaya,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

Yesaya 6–79; 53–54

Nabi Yesaya

Nubuat tentang Tuhan Yesus Kristus

Imej
Yesaya dipanggil oleh Tuhan

Orang Israel telah banyak kali ditawan dan mereka mahu Tuhan melindungi mereka. Suatu hari di dalam bait suci, Tuhan memanggil seorang lelaki bernama Yesaya untuk mengajar orang ramai tentang kedatangan Yesus Kristus. Yesaya mengasihi orang ramai dan mengajar mereka tentang bagaimana Kristus dapat menyelamatkan mereka.

Yesaya 6:1–8

Imej
Yesaya bernubuat tentang kelahiran Yesus

Yesaya pelajari bahawa Yesus Kristus akan datang pada suatu hari nanti untuk menyelamatkan umat-Nya daripada dosa. Tetapi tidak semua orang akan mengenali Dia sebagai Juruselamat mereka. Yesaya sangat sedih kerana dia tahu ramai orang tidak akan percaya kepada Yesus Kristus.

Yesaya 6:9–13; 7:14; 53:1–9

Imej
Yesaya sedang menulis tentang Kedatangan Kedua Kristus

Tetapi Yesaya juga bernubuat tentang Kedatangan Kedua Yesus Kristus. Yesus Kristus akan kembali dan menjadi Raja seluruh bumi. Dia akan datang lagi dan memenuhi rancangan Bapa-Nya dengan membawa kebaikan dan kedamaian selamanya. Yesaya berkata semua orang akan tahu Yesus Kristus ialah Juruselamat mereka.

Yesaya 9:6–7; 54:1–10

Cetak