Scripture Stories
Adam dan Hawa


“Adam dan Hawa,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)

“Adam dan Hawa,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

Kejadian 2–3; Musa 3–5; Abraham 5

Adam dan Hawa

Memperoleh pengalaman dengan membuat pilihan

Imej
Adam dan Hawa bersama haiwan-haiwan

Adam dan Hawa adalah anak-anak Bapa Syurgawi yang pertama hidup di bumi. Mereka hidup di dalam Taman Eden yang indah, dikelilingi oleh pelbagai tanaman dan pokok. Bapa Syurgawi dan Tuhan Yesus Kristus mengunjungi mereka dan berbicara dengan mereka.

Kejadian 2:8–9; 3:8; Musa 3:8­–9; Abraham 5:8, 14–19

Imej
pokok pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat

Tuhan membenarkan mereka makan dari setiap pokok kecuali satu. Jika mereka makan buah dari pokok pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat, mereka harus meninggalkan taman itu dan kemudiannya mati. Setan menipu Adam dan Hawa. Setan berkata jika mereka makan buah itu, mereka akan tahu yang baik dan yang jahat namun mereka tidak akan mati.

Kejadian 2:16–17; 3:1–5; Musa 3:9; 4:6–11; Abraham 5:9, 12–13

Imej
Hawa memetik buah itu

Hawa membuat keputusan untuk memakan buah itu.

Kejadian 3:5–6; Musa 4:12

Imej
tangan sedang memegang buah

Hawa memberi sebahagian buah itu kepada Adam. Adam juga memilih untuk memakan buah itu.

Kejadian 3:6–7; Musa 4:12

Imej
Adam dan Hawa bersembunyi daripada Tuhan dan Yesus

Tuhan dan Yesus mengunjungi mereka, tetapi Adam dan Hawa berasa takut lalu bersembunyi. Tuhan bertanya jika mereka telah makan buah pokok pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat.

Kejadian 3:8–13; Musa 4:13–14

Imej
Adam dan Hawa meninggalkan Taman Eden

Adam dan Hawa memberitahu Tuhan bahawa mereka memilih untuk makan buah itu. Disebabkan pilihan mereka, Adam dan Hawa terpaksa meninggalkan Taman Eden. Mereka terpisah daripada Tuhan, namun Dia mempunyai satu rancangan bagi mereka. Kini mereka tahu yang baik daripada yang jahat dan boleh melahirkan anak.

Kejadian 3:16–24; Musa 4:15–31

Imej
Keluarga Adam dan Hawa sedang melihat unggun api

Adam dan Hawa berjanji untuk mematuhi semua perintah Tuhan. Mereka diajar untuk melaksanakan korban binatang. Apabila mereka patuh, mereka belajar lebih tentang Putera Tuhan iaitu Yesus Kristus. Mereka bersukacita kerana Yesus akan membantu keluarga mereka kembali kepada Tuhan.

Kejadian 3:23; Musa 5:1–12

Cetak