“Nabi Samuel,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Nabi Samuel,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
1 Samuel 2–3
Nabi Samuel
Seorang pemuda dipanggil oleh Tuhan
Telah lama, orang Israel tidak mempunyai seorang nabi Tuhan untuk membimbing mereka. Sebaliknya, para hakim memerintah di Israel buat bertahun-tahun. Ketika ini, Hana membawa anak kecilnya Samuel untuk hidup bersama Eli, seorang imam dan hakim Israel. Samuel membantu Eli di dalam bait suci.
Dua anak lelaki Eli turut melayani di dalam bait suci, tetapi mereka mencuri persembahan Tuhan. Sesetengah orang mengadu kepada Eli, tetapi Eli tidak menghukum anak-anaknya.
Pada satu malam, Samuel terdengar satu suara memanggil dia. Dia fikir itu suara Eli, jadi Samuel pergi bertemu dengan dia. Tetapi Eli tidak memanggil dia. Eli memberitahu Samuel untuk tidur semula.
Samuel mendengar suara itu memanggilnya buat kali kedua. Dia pergi kepada Eli dan bertanya apakah yang dia inginkan. Tetapi Eli tidak memanggil dia. Eli memberitahu Samuel untuk tidur semula.
Samuel mendengar suara itu memanggilnya buat kali ke tiga. Dia pergi kepada Eli semula dan bertanya apakah yang dia inginkan. Kali ini, Eli tahu bahawa Tuhan yang sedang berbicara kepada Samuel. Eli memberitahu Samuel untuk tidur semula. Eli berkata jika Tuhan memanggil sekali lagi, Samuel harus mendengar.
Samuel mendengar suara itu memanggil dia sekali lagi. Kali ini Samuel meminta Tuhan untuk berbicara dan dia akan mendengar. Tuhan memberitahu Samuel bahawa tindakan Eli untuk membenarkan anak lelaki jahatnya untuk melayani di bait suci adalah salah. Keluarga Eli tidak lagi dibenarkan untuk melayani di sana.
Keesokan harinya, Eli bertanyakan Samuel akan apa yang Tuhan telah firmankan. Samuel memberitahunya. Eli tahu bahawa Tuhan telah berbicara melalui Samuel.
Berita itu tersebar ke seluruh negeri Israel. Rakyat tahu bahawa Tuhan telah memilih Samuel untuk menjadi nabi-Nya.