Scripture Stories
Penciptaan Bumi


“Penciptaan Bumi,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)

“Penciptaan Bumi,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

Kejadian 1–2; Musa 1–3; Abraham 3–5

Penciptaan Bumi

Rumah indah untuk anak-anak Bapa Syurgawi

Imej
Tuhan dan Putera-Nya mencipta alam semesta

Tuhan Bapa Syurgawi kita membentangkan rancangan keselamatan ketika di syurga. Kita semua bersorak dengan gembira! Kita akan datang ke bumi dan menerima badan jasmani. Ketika di bumi, kita akan belajar untuk mengikuti Putera Tuhan, iaitu Tuhan Yesus Kristus. Yesus telah menciptakan bumi mengikut arahan-arahan Tuhan.

Kejadian 1:1; Ayub 38:4–7; Musa 1:32–33; 2:1; Abraham 3:22–27

Imej
planet di angkasa lepas

Pada hari pertama, Tuhan Yesus memisahkan cahaya daripada kegelapan. Dia menamakan cahaya itu siang dan kegelapan itu malam.

Kejadian 1:3–5; Musa 2:3–5; Abraham 4:1–5

Imej
awan-awan dan lautan

Pada hari kedua, Dia membahagikan air untuk menjadi awan-awan di langit dan lautan di bumi.

Kejadian 1:6–8; Musa 2:6–8; Abraham 4:6–8

Imej
hutan di tepi lautan

Pada hari ketiga, Tuhan Yesus membentuk laut-lautan besar dan tanah kering. Dia menamakan air-air itu laut dan tanah kering bumi. Dia menjadikan tanah bumi indah dengan bunga, buah-buahan, tanaman, dan pokok-pokok.

Kejadian 1:9–13; Musa 2:9–13; Abraham 4:9–13

Imej
penggambaran malam dan siang

Pada hari keempat, Dia menciptakan matahari untuk bersinar pada hari siang. Kemudian Dia menciptakan bulan dan bintang-bintang untuk bersinar pada waktu malam.

Kejadian 1:14–19; Musa 2:14–19; Abraham 4:14–19

Imej
makhluk laut

Pada hari kelima, Tuhan mencipta ikan-ikan di dalam laut dan burung-burung di langit. Dia memberkati makhluk-makhluk untuk membiak dan memberkati ikan-ikan untuk memenuhi air di dalam lautan.

Kejadian 1:20–23; Musa 2:20–23; Abraham 4:20–23

Imej
binatang-binatang hutan

Pada hari keenam, Dia menciptakan haiwan-haiwan di atas daratan, ada yang berjalan, ada yang merangkak.

Kejadian 1:24–25; Musa 2:24–25; Abraham 4:24–25

Imej
Adam dan Hawa di Taman Eden

Bapa Syurgawi dan Tuhan Yesus turun ke bumi pada hari keenam. Lelaki dan wanita dicipta menurut rupa Tuhan. Bapa Syurgawi memfirmankan mereka untuk menjaga satu sama lain dan beranak pinak. Lelaki dan wanita juga diamanahkan untuk menjaga haiwan-haiwan dan tanah itu.

Kejadian 1:26–27; Musa 2:26–27; Abraham 4:26–31; 5:7–8

Imej
Adam dan Hawa sedang memerhatikan haiwan-haiwan

Bapa Syurgawi berasa gembira dengan penciptaan Mereka. Pada hari ketujuh, Mereka berehat daripada segala pekerjaan Mereka. Bumi amat indah dan dipenuhi dengan kehidupan.

Kejadian 2:1–3; Musa 3:1–3; Abraham 5:1–3

Cetak