Cerita-cerita Kitab Suci
Daniel dan Mimpi Raja


“Daniel dan Mimpi Raja,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)

“Daniel dan Mimpi Raja,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

Daniel 2

Daniel dan Mimpi Raja

pesanan misteri Tuhan kepada seorang raja

raja sedang bermimpi

Raja Babel mempunyai satu mimpi yang mengganggunya. Dia mengarahkan imam-imam dan orang-orang bijaksana dia untuk mentafsirkan maksud mimpi itu.

Daniel 2:1–3

raja sedang berfikir

Raja tidak mahu memberitahu mereka tentang mimpi itu. Dia berkata jika para imam dan orang-orang bijaksana mempunyai kuasa yang benar, mereka boleh memberitahu dia apa mimpi itu dan maksudnya.

Daniel 2:4–9

raja mengusir orang-orang bijaksana

Para imam dan orang-orang bijaksana memberitahu raja bahawa mereka tidak dapat mentafsir mimpinya jika raja enggan memberitahu mereka tentang mimpi itu. Mereka berkata tiada orang yang dapat melakukan sedemikian. Raja itu naik marah dan bertitah dia akan membunuh semua orang bijaksana kerajaannya, termasuklah Daniel dan kawan-kawannya.

Daniel 2:10–13

Daniel bercakap dengan seorang askar

Apabila pengawal raja datang untuk mengambil Daniel dan kawan-kawannya, Daniel meminta lebih masa supaya dia boleh memberitahu raja maksud mimpinya. Daniel tahu bahawa Tuhan tahu dan melihat segalanya, termasuklah mimpi-mimpi. Daniel meminta kawan-kawannya untuk berdoa bersama dia.

Daniel 2:14–18

Daniel berdoa

Tuhan menunjukkan Daniel mimpi raja itu dalam satu penglihatan dan mengajar Daniel maksud mimpi itu. Daniel bersyukur kepada Tuhan kerana Dia menjawab doa Daniel dan kawan-kawannya dan telah menyelamatkan hidup mereka. Kemudian dia bertemu dan memberitahu raja tentang maksud mimpinya.

Daniel 2:19–25

Daniel bercakap dengan raja

Daniel menyatakan bahawa mimpi raja adalah tentang sebuah patung besar yang musnah akibat batu besar dari suatu gunung. Patung itu mewakili kerajaan-kerajaan di bumi. Batu yang jatuh dari tebing gunung mewakili kerajaan Tuhan yang akan memenuhi bumi. Maka raja itu ketahui bahawa Daniel telah bercakap benar.

Daniel 2:26–49