“Hana,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Hana,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
Hana
Jawapan Tuhan kepada seorang wanita yang beriman
Setiap tahun, Hana dan suaminya pergi ke bait suci Tuhan. Hana tidak mempunyai anak, jadi dia berasa sedih. Dia berpuasa dan berdoa untuk seorang bayi lelaki. Hana berjanji kepada Tuhan jika dia mempunyai seorang anak lelaki, anak lelakinya akan membesar untuk melayani-Nya.
Seorang imam bernama Eli nampak Hana sedang menangis. Dia memberitahu Hana bahawa Tuhan akan menjawab doanya. Hana mempercayai Tuhan dan mempunyai harapan.
Tahun itu, Hana dikurniakan seorang bayi lelaki. Hana menamakan dia Samuel.
Hana mentaati janjinya kepada Tuhan. Ketika Samuel sudah cukup umur, Hana membawanya untuk melayani di rumah Tuhan. Samuel melayani bersama Eli, seorang imam. Hana terus mengunjungi Samuel. Hana memberi Samuel pakaian yang dia buat sendiri. Tuhan memberkati Hana dengan lima lagi anak.