Cerita-cerita Kitab Suci
Nabi Henokh


“Nabi Henokh,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)

“Nabi Henokh,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

Kejadian 5; Musa 6–7

Nabi Henokh

Bagaimana iman terhadap Tuhan menyelamatkan satu kota

Tuhan berbicara kepada Henokh

Tuhan Yesus Kristus memfirmankan Henokh untuk meminta orang ramai untuk bertaubat. Tetapi Henokh merasa dirinya tidak petah berkata-kata. Dia takut orang ramai tidak akan mendengarnya.

Kejadian 5:22; Musa 6:26–31

orang ramai mengejek Henokh

Tuhan berjanji untuk memperkuatkan dan melindungi Henokh walaupun ada orang yang tidak suka dengan ajaran Henokh.

Musa 6:32–39

Henokh mengajar orang ramai

Janji Tuhan menjadikan Henokh berani. Henokh mematuhi Tuhan dan mengajar orang ramai dengan kuasa. Dia mengajar tentang Yesus Kristus, pertaubatan, pembaptisan, dan Roh Kudus. Sesetengah orang mempercayai Henokh dan ingin mengikuti Tuhan.

Musa 6:47–68

Henokh membaptis seorang wanita

Henokh mempunyai wewenang dari Tuhan untuk membaptis orang. Semua yang percaya Henokh dibaptiskan dan menjadi lebih dekat kepada Tuhan. Tiada yang miskin kerana mereka menjaga satu sama lain. Mereka digelar Sion kerana mereka hidup bersama dalam kasih dan kesolehan.

Musa 7:10–20

kehidupan, kematian, dan kebangkitan Yesus

Suatu hari Tuhan menunjukkan satu penglihatan kepada Henokh tentang apa yang akan berlaku di bumi. Henokh melihat kehidupan, kematian, dan Kebangkitan Yesus Kristus. Henokh belajar bahawa pada hari-hari terakhir injil akan dipulihkan semula. Dia juga melihat Kedatangan Kedua Yesus.

Musa 7:21–67

Tuhan berbicara dengan orang Sion

Akhirnya, semua orang di kota Sion mempercayai Henokh dan bertaubat. Oleh kerana mereka menjaga satu sama lain dan hidup dengan damai, Tuhan mengangkat mereka untuk hidup bersama Dia.

Kejadian 5:24; Musa 7:18, 21, 68–69