Scripture Stories
Nabi Elisa


“Nabi Elisa,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)

“Nabi Elisa,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

2 Raja-Raja 2; 4

Nabi Elisa

Mukjizat-mukjizat Tuhan

Imej
Elia sedang bercakap dengan Elisa

Melalui nabi Elia, Tuhan menyediakan Elisa untuk menjadi nabi yang seterusnya. Kemudian Tuhan membawa Elia ke syurga.

2 Raja-Raja 2:1–15

Imej
wanita sedang menuang minyak

Tuhan membantu Elisa melaksanakan banyak mukjizat. Elisa memberkati minyak seorang wanita miskin untuk memenuhi banyak balang. Kemudian wanita itu menjual minyak-minyak itu untuk membayar hutangnya.

2 Raja-Raja 4:1–7

Imej
Elisa bercakap dengan sebuah keluarga

Pada masa lain, seorang wanita yang beriman telah melayani Elisa dan amat baik terhadapnya. Elisa bertanya apakah yang dia boleh lakukan untuk melayani wanita itu. Wanita itu inginkan seorang anak. Elisa memberkati dia dan suaminya untuk memperoleh seorang anak lelaki.

2 Raja-Raja 4:8–17

Imej
keluarga beraya

Tetapi setelah beberapa tahun, anak itu jatuh sakit dan meninggal. Wanita itu pergi mencari Elisa kerana dia percaya Elisa boleh menyelamatkan anaknya. Elisa datang dan memberkati anak itu, dan dia hidup semula. Tuhan membantu Elisa melaksanakan banyak mukjizat. Dia merupakan seorang nabi Tuhan yang hebat.

2 Raja-Raja 4:18–37

Cetak