“Raja Daud,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Raja Daud,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
1 Samuel 18–19; 31; 2 Samuel 1; 5; 11–12
Raja Daud
Cabaran-cabaran seorang raja
Raja Saul, raja orang Israel, mengagumi kemenangan Daud dalam perlawanannya dengan Goliat. Saul menjadikan Daud pemimpin bagi tenteranya.
Daud mengasihi Tuhan dan sentiasa ingin melakukan yang baik. Orang Israel mengasihi Daud.
Saul menjadi iri hati dan cuba membunuh Daud. Tetapi Daud mengikuti Tuhan, maka Tuhan melindunginya daripada Saul.
Orang-orang Israel terlibat dalam banyak peperangan. Satu hari Saul dan anak-anaknya mati dalam pertempuran. Daud mengasihi mereka dan berasa sangat sedih apabila dia tahu tentang kematian mereka. Kini orang-orang Israel memerlukan seorang raja baharu. Tuhan memilih Daud untuk menjadi raja yang seterusnya. Rakyat gembira.
1 Samuel 31:2–6; 2 Samuel 1:11–12; 5:1–5
Tuhan memberkati Raja Daud dan membimbingnya. Dengan bantuan Tuhan, angkatan tentera Daud menakluki musuh mereka.
Satu hari ketika Daud sepatutnya pergi berperang, dia sebaliknya tinggal di rumah. Dia ternampak seorang wanita yang cantik. Namanya Batsyeba, dan Daud ingin mengahwininya. Namun dia isteri Uria, seorang askar dalam angkatan tentera Daud.
Daud ingin mengahwini Batsyeba, jadi dia menghantar suaminya Uria ke satu pertempuran yang bahaya supaya Uria akan dibunuh.
Tidak lama kemudian Daud mendapat tahu bahawa Uria mati dalam pertempuran. Daud menyuruh orang suruhannya untuk membawa Batsyeba ke rumahnya, dan dia mengahwininya.
Namun Tuhan tidak gembira dengan apa yang Daud telah lakukan. Tuhan menghantar Natan, seorang nabi, untuk memberitahu Daud akan bahaya dosanya. Daud berasa sedih terhadap apa yang dia telah lakukan kepada Uria dan Batsyeba. Dia berdoa dan berpuasa untuk memperoleh keampunan daripada Tuhan.