Cerita-cerita Kitab Suci
Sadrakh, Mesakh, dan Abednego


“Sadrakh, Mesakh, dan Abednego,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)

“Sadrakh, Mesakh, dan Abednego,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

Daniel 1; 3

Sadrakh, Mesakh, dan Abednego

Cubaan iman yang berbahaya

Raja Nebukadnezar dan patung emas

Raja Nebukadnezar telah membina sebuah patung emas besar dan memaksa rakyat untuk menyembahnya. Jika mereka enggan melakukannya, mereka akan dilemparkan ke dalam satu relau api.

Daniel 1:6–7; 3:1–6

Sadrakh, Mesakh, dan Abednego

Kawan-kawan Daniel, Sadrakh, Mesakh, dan Abednego mengasihi Tuhan dan tidak mahu menyembah tuhan palsu raja. Raja amat marah dengan mereka.

Daniel 3:6–15

Sadrakh, Mesakh, dan Abednego bercakap dengan raja

Tiga sekawan ini memberitahu raja bahawa mereka hanya akan menyembah Tuhan. Mereka percaya Tuhan akan melindungi mereka. Namun jika Tuhan tidak menyelamatkan mereka, mereka akan mempertahankan apa yang mereka percaya.

Daniel 3:15–18

tiga lelaki dan malaikat di dalam api

Raja amat marah dengan Sadrakh, Mesakh, dan Abednego. Dia mengarahkan mereka dilemparkan ke dalam relau api. Tetapi apabila raja melihat ke dalam relau itu, dia terperanjat untuk melihat seorang makhluk syurgawi di dalam api bersama tiga lelaki itu. Mereka tidak dibakar oleh api itu.

Daniel 3:19–25

tiga lelaki melangkah keluar dari api

Raja memanggil Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, dan mereka melangkah keluar dari relau itu. Api itu langsung tidak menyentuh baju atau mencederakan mereka.

Daniel 3:26–27

Sadrakh, Mesakh, dan Abednego bercakap dengan raja

Sadrakh, Mesakh, dan Abednego mematuhi perintah-perintah Tuhan, bahkan ketika nyawa mereka diancam. Teladan mereka membantu raja untuk mempercayai Tuhan.

Daniel 3:28–29