“Yusuf dan Kebuluran,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Yusuf dan Kebuluran,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
Yusuf dan Kebuluran
Peluang seorang adik untuk menyatukan keluarganya
Keluarga Yakub lapar kerana kebuluran. Oleh itu Yakub menghantar anak-anak lelakinya ke Mesir untuk membeli makanan. Dia menjaga anak lelaki bongsunya, Benyamin, di rumah. Dia takut kehilangan Benyamin seperti dia kehilangan anak lelakinya Yusuf tahun-tahun sebelum ini. Dia tidak tahu bahawa anak-anak lelakinya yang lebih tua telah menjual Yusuf sebagai hamba.
Pada masa ini, Yusuf ialah seorang pemimpin yang hebat di Mesir. Dia bertanggungjawab menjual makanan semasa kebuluran. Abang-abangnya bertemu dengan Yusuf dan meminta makanan daripadanya. Mereka tidak mengenali dia.
Yusuf mengenali mereka, tetapi dia berpura-pura tidak mengenali mereka. Dia bertanya tentang keluarga mereka untuk tahu jika ayah dan adiknya Benyamin masih hidup.
Kemudian Yusuf berikan makanan kepada abang-abangnya. Dia memberitahu mereka untuk tidak kembali mendapatkan makanan lain kecuali mereka membawa adik bongsu mereka, Benyamin, bersama mereka.
Apabila keluarga itu kehabisan makanan lagi, Yakub tahu dia perlu hantar Benyamin bersama abang-abangnya yang lain kembali ke Mesir. Yakub masih takut membiarkan Benyamin pergi. Tetapi Yehuda, salah seorang anak Yakub, berjanji bahawa dia akan menjaga keselamatan Benyamin.
Apabila saudara-saudaranya kembali ke Mesir, Yusuf berpura-pura seperti Benyamin mencuri cawan perak. Dia ingin melihat jika abang-abangnya telah berubah. Yehuda merayu Yusuf untuk tidak menghukum Benyamin tetapi untuk menghukum Yehuda sendiri.
Yusuf gembira melihat bahawa abang-abangnya telah berubah. Mereka mengasihi Benyamin dan melindunginya. Jadi, akhirnya, Yusuf memberitahu mereka siapa dia sebenarnya.
Yusuf mengampuni abang-abangnya kerana menjualnya menjadi hamba. Yusuf berkata ia adalah cara Tuhan untuk membantu keluarga mereka bertahan dalam kebuluran.
Saudara-saudara Yusuf kembali kepada bapa mereka, Yakub, dan memberitahu dia segala yang telah terjadi. Yakub memindahkan seluruh keluarganya ke Mesir.
Firaun mengalu-alukan keluarga Yakub. Dia memberi mereka tanah dan haiwan supaya mereka boleh mempunyai banyak makanan. Keluarga Yakub hidup dalam kedamaian untuk masa yang lama.