“Keluarga Adam dan Hawa,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Keluarga Adam dan Hawa,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
Keluarga Adam dan Hawa
Memilih untuk mengikuti Tuhan
Selepas Adam dan Hawa meninggalkan Taman Eden, mereka teruskan pembelajaran tentang rancangan Bapa Syurgawi untuk mereka di bumi. Mereka mempunyai ramai anak dan mengajar mereka segalanya tentang Tuhan. Beberapa anak Adam dan Hawa pilih untuk mematuhi Tuhan. Tetapi sesetengah mereka pilih untuk tidak patuh.
Keluarga Adam dan Hawa menyimpan sebuah kitab kenangan. Mereka menulis sejarah keluarga mereka dalam buku itu. Mereka menulis tentang bagaimana Tuhan telah membantu mereka.
Kain dan Habel ialah dua daripada anak-anak Adam dan Hawa. Habel mengasihi Tuhan dan pilih untuk mengikuti-Nya. Kain tidak mematuhi Tuhan. Dia pilih untuk memberontak.
Keluarga Adam dan Hawa terus berkembang. Banyak lagi orang yang dilahirkan. Mereka semua memiliki kebebasan untuk membuat pilihan. Pada masa itu, sesetengah orang memberontak melawan perintah-perintah Tuhan. Tuhan mengutus para nabi untuk mengajar orang ramai untuk bertaubat.