“Permaisuri Ester,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Permaisuri Ester,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
Ester 2–5; 7–9
Permaisuri Ester
Berani menghadapi bahaya
Sebahagian orang Israel dipanggil orang Yahudi. Ester seorang Yahudi yang tinggal di Parsi. Ibu bapanya telah meninggal, jadi sepupunya Mordekhai menjaganya. Dia telah dijemput ke istana raja bersama para wanita muda lain negeri itu. Raja inginkan seorang permaisuri baharu, dan dia memilih Ester.
Raja mempunyai seorang pegawai bernama Haman yang dinaikkan pangkat. Haman membantu raja memerintah negeri itu. Raja memerintahkan semua untuk bersujud kepada Haman.
Namun Mordekhai tidak mahu bersujud kepada Haman. Mordekhai hanya akan bersujud kepada Tuhan. Ini membuat Haman marah. Dia ingin menghukum Mordekhai dan semua orang Yahudi.
Haman memberitahu raja bahawa orang Yahudi tidak mematuhi undang-undang raja. Jadi raja membenarkan Haman membuat satu undang-undang baharu: pada satu hari tertentu, semua orang Yahudi akan dibunuh.
Mordekhai meminta Ester untuk bercakap kepada raja. Raja boleh menukar undang-undang Haman dan selamatkan orang-orang Yahudi. Tetapi Ester berasa takut. Kadangkala raja menghukum mati orang yang datang untuk bercakap dengan dia tanpa diundang.
Mordekhai meminta Ester untuk memikirkan orang-orang Yahudi yang akan dibunuh. Mordekhai berkata bahawa Tuhan mungkin telah meletakkan Ester di dalam istana raja supaya orang-orang Yahudi boleh diselamatkan.
Ester tahu bahawa dia harus bertemu dengan raja, walaupun ia mungkin akan menyebabkan dia dibunuh. Ester meminta semua orang Yahudi dan pelayannnya untuk berpuasa bersama dia.
Setelah berpuasa selama tiga hari, Ester menyediakan diri dan pergi berjumpa dengan raja.
Apabila dia menghampiri raja, dia menghulurkan tongkatnya. Ini bermaksud raja berasa gembira melihatnya dan dia tidak akan dihukum mati. Dia bertanya apakah yang Ester inginkan. Ester memberitahu raja bahawa orang-orangnya berada dalam bahaya. Disebabkan undang-undang Haman, dia dan semua orang Yahudi negeri itu akan dibunuh.
Raja amat marah terhadap Haman maka dia dihukum mati. Raja mencipta satu undang-undang baharu yang akan melindungi orang Yahudi. Kini mereka dibenarkan untuk mempertahankan diri jika terdapat sesiapa yang ingin mencederakan mereka.
Iman Ester terhadap Tuhan dan keberaniannya untuk bercakap dengan raja telah menyelamatkan orang-orangnya. Sebuah jamuan besar diadakan. Orang-orang Yahudi meraikan.