“Daud dan Goliat,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Daud dan Goliat,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
1 Samuel 17
Daud dan Goliat
Menghadapi cabaran gergasi
Orang Filistin sedang menyerang orang Israel. Setiap pagi seorang gergasi Filistin bernama Goliat mencabar orang Israel untuk melawannya. Goliat lebih besar dan lebih tinggi daripada sesiapapun, dan dia garang. Dia memakai baju besi tebal dan membawa sebilah pedang, lembing, dan perisai yang besar. Tiada yang berani melawan dia.
Daud merupakan seorang gembala muda yang beriman kepada Tuhan. Abang-abangnya adalah askar dalam tentera Israel. Satu hari, Daud membawa makanan kepada abang-abangnya. Apabila dia tiba di kem tentera, dia terdengar cabaran Goliat.
Daud bertanya askar-askar mengapa tiada yang mempertahankan orang Israel. Abang-abangnya menjadi marah dan meminta dia untuk pergi dan jaga domba. Tetapi Daud tahu Tuhan akan mempertahankan orang Israel.
Raja Saul tahu iman Daud, jadi dia meminta untuk bertemu dengan Daud. Daud memberitahu Saul bahawa dia tidak takut melawan Goliat. Daud menyatakan satu peristiwa ketika dia sedang menjaga domba-dombanya, dia telah membunuh seekor singa dan seekor beruang. Tuhan telah melindunginya ketika itu, dan Daud tahu Tuhan akan melindunginya sekarang.
Saul memberikan Daud baju besinya. Namun ia tidak muat, jadi Daud tidak memakainya. Dia membuat keputusan untuk berlawan tanpa menggunakan sebarang baju besi.
Daud mengumpul lima batu licin dan memasukkannya ke dalam satu beg. Dia membawa ali-ali [lastik] dan tongkat gembalanya dan pergi menghadapi Goliat.
Apabila Goliat nampak Daud, dia meninggikan suaranya dan mengejek Daud. Dia berkata bahawa seorang gembala tidak dapat mengalahkannya. Daud membalas dengan lantang bahawa dia percaya Tuhan akan melindungi dia! Daud berkata bahawa dia akan mengalahkan Goliat untuk menunjukkan kuasa Tuhan.
Daud berlari ke arah Goliat. Dia dengan pantasnya melontar batu dengan ali-alinya [lastik]. Batu itu kena pada dahi Goliat, dan gergasi itu jatuh ke tanah. Tuhan telah membantu Daud mengalahkan Goliat tanpa menggunakan pedang atau baju besi.
Apabila orang Filistin melihatkan Goliat telah mati, mereka lari kerana ketakutan. Orang Israel telah memenangi peperangan itu. Daud mempercayai Tuhan, dan Tuhan telah melindungi orang Israel.