Cerita-cerita Kitab Suci
Rut dan Naomi


“Rut dan Naomi,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)

“Rut dan Naomi,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

Rut 1–4

Rut dan Naomi

Menahani cabaran dengan kasih dan kesetiaan

Naomi dan keluarga sedang berjalan masuk ke bandar

Naomi dan keluarganya berpindah ke Moab kerana bekalan makanan tidak mencukupi di negeri Yehuda. Kemudian suami Naomi meninggal. Anak-anak lelaki Naomi telah mengahwini wanita-wanita dari Moab bernama Orpah dan Rut. Mereka menjaga Naomi selama 10 tahun.

Rut 1:1–4

Orpah, Rut, dan Naomi berpeluk

Kemudian suami Orpah dan suami Rut meninggal. Kini semua wanita dalam keluarga itu bersendirian. Naomi tidak dapat menanggung Rut dan Orpah.

Rut 1:5, 8–10

Rut dan Naomi mengembara dengan seekor unta

Orpah kembali ke rumahnya. Tetapi Rut ingin tinggal bersama Naomi dan menjaganya. Rut dan Naomi mendapat berita bahawa negeri Yehuda mempunyai tanaman semula, jadi mereka membuat perjalanan ke sana.

Rut 1:16–19

Rut mengumpul biji-bijian

Rut dan Naomi tiba di Yehuda ketika musim menuai. Mereka memerlukan makanan. Saudara Naomi yang bernama Boas memiliki beberapa ladang di Yehuda. Dia mengizinkan Rut untuk mengumpul sisa bijian-bijian di ladang-ladangnya. Ia merupakan kerja yang susah.

Rut 1:22; 2:3

Boas bercakap dengan Rut

Boas menghormati Rut kerana dia bekerja keras dan dia setia kepada Naomi dan kepada Tuhan. Dia menyuruh pekerja-pekerjanya untuk meninggalkan lebih banyak bijian di ladangnya untuk Rut.

Rut 2:5–17

Rut dan Naomi

Naomi inginkan Rut untuk mempunyai sebuah keluarga. Dia menggalakkan Rut untuk berkahwin dengan Boas. Rut tahu bahawa jika dia berkahwin dengan Boas, mereka boleh menjaga Naomi bersama.

Rut 3:1–2; 4:15

Rut dan Boas

Rut membuat keputusan dan meminta Boas untuk berkahwin dengan dia. Boas tahu Rut seorang perempuan yang setia dan berakhlak mulia. Dia bersetuju.

Rut 3:3–18; 4:13

Rut, Boas, dan bayi

Rut dan Boas berkahwin. Tidak lama kemudian Rut melahirkan seorang anak lelaki. Dia menjadi datuk kepada Daud, seorang raja di masa depan. Bertahun-tahun kemudian, Yesus Kristus dilahirkan dalam talian keluarga ini.

Rut 4:13–17