Scripture Stories
Tentang Perjanjian Lama


“Tentang Perjanjian Lama,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)

“Tentang Perjanjian Lama,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

Tentang Perjanjian Lama

Janji Bapa Syurgawi kepada anak-anak-Nya dahulu

Imej
ilustrasi kehidupan pra-bumi

Bahagian pertama Alkitab adalah Perjanjian Lama. Tulisan suci ini ditulis lama dahulu, bahkan sebelum Yesus Kristus dilahirkan. Ia mempunyai kisah-kisah yang membantu kita beriman kepada-Nya. Ia mengajar kita bahawa setiap orang di bumi adalah sebahagian daripada keluarga Bapa Syurgawi dan Dia mengasihi anak-anak-Nya.

Ulangan 7:7–9; Yesaya 45:10–12

Imej
Adam dan Hawa di Taman

Dalam Perjanjian Lama, Yesus Kristus dipanggil Yehovah dan Tuhan. Dia mengikut arahan Bapa Syurgawi. Sejak zaman Adam dan Hawa, Bapa Syurgawi telah menghantar Tuhan Yesus Kristus untuk berbicara kepada para nabi-Nya. Bapa Syurgawi menghantar Roh Kudus untuk membantu kita mengetahui kata-kata nabi adalah benar.

Keluaran 6:2–3; 2 Tawarikh 20:20; Amos 3:7; 2 Petrus 1:21; Musa 2:1

Imej
Keturunan Adam

Tuhan berjanji kepada nabi Abraham dan isterinya Sara bahawa keluarga mereka akan berkembang dan memberkati seluruh dunia. Cucu mereka Yakub mempunyai sebuah keluarga besar yang menjadi sebuah bangsa. Mereka dipanggil bani Israel, atau orang Israel. Para nabi mengajar mereka untuk menantikan kedatangan Yesus Kristus.

Kejadian 15:5–6; 17:1–8; Ulangan 18:15; Yesaya 7:14

Imej
orang ramai sedang melihat pelangi

Banyak cerita dalam Perjanjian Lama menunjukkan bagaimana Tuhan mentaati janji-janji-Nya kepada orang Israel.

Kejadian 9:13–17; Yeremia 11:4–5; Ibrani 11:1–35

Imej
Musa menunjukkan tongkat kayu kepada orang ramai

Ketika orang Israel mendengar para nabi dan mematuhi perintah-perintah, Tuhan membantu mereka. Apabila mereka tidak patuh, Dia tidak dapat membantu mereka.

Ulangan 11:26–28; Ayub 36:11–12

Imej
Kanak-kanak sedang membaca tulisan suci

Anda adalah sebahagian daripada keluarga Bapa Syurgawi. Bapa Syurgawi baik, dan Dia mengasihi anda. Dia ada satu rancangan untuk anda. Kerana Tuhan Yesus Kristus, anda boleh kembali untuk hidup bersama Bapa Syurgawi lagi. Seperti orang Israel yang telah diajar, anda boleh pilih untuk beriman kepada Tuhan dan mematuhi perintah-perintah-Nya.

Keluaran 15:2; Ulangan 4:31; 5:10; Musa 1:39

Cetak