Scripture Stories
Nabi Musa


“Nabi Musa,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)

“Nabi Musa,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

Keluaran 2–3

Nabi Musa

Dipanggil untuk membebaskan umat Tuhan

Imej
Orang Mesir sedang memukul orang Israel

Musa membesar sebagai anak kepada puteri Firaun. Musa melihat orang Mesir berlaku kejam terhadap orang Israel. Dia berasa sedih kerana orang Mesir menjadikan orang Israel hamba-hamba mereka.

Keluaran 2:10–11

Imej
Musa mempertahankan orang Israel

Pada satu hari Musa melihat seorang orang Mesir memukul seorang orang Israel. Untuk mempertahankan orang Israel itu, Musa membunuh orang Mesir itu.

Keluaran 2:11–14

Imej
Musa di padang belantara

Apabila Firaun mendapat tahu, dia ingin membunuh Musa, tetapi Musa melarikan diri dari Mesir.

Keluaran 2:15

Imej
Musa dan keluarga

Musa tiba ke satu tempat bernama Midian, di situ dia bertemu dengan seorang wanita bernama Zipora. Mereka berkahwin dan mendapat anak.

Keluaran 2:21–22

Imej
Musa melihat semak yang membakar

Ketika di Midian, Musa terlihat satu semak yang sedang membakar, tetapi api itu tidak memusnahkan semak tersebut. Tuhan muncul dalam api itu dan berfirman kepada Musa.

Keluaran 3:1–6

Imej
Yesus berbicara dengan Musa

Tuhan berfirman bahawa Dia tahu orang-orang Israel sedang menderita di Mesir. Dia memerintahkan Musa untuk kembali ke Mesir dan meminta Firaun untuk membebaskan orang-orang Israel. Tuhan berfirman bahawa Dia akan membantu Musa membebaskan orang Israel dan membimbing mereka ke negeri yang dijanjikan.

Keluaran 3:7–18

Cetak