Scripture Stories
Musa di Gunung Sinai


“Musa di Gunung Sinai,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)

“Musa di Gunung Sinai,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

Keluaran 19–2024; 31–34; Ulangan 4–7

Musa di Gunung Sinai

Membantu orang-orang mengingati Tuhan

Imej
Gunung Sinai

Musa dan orang Israel melakukan perjalanan melalui padang belantara. Mereka tiba di sebuah gunung yang dipanggil Gunung Sinai.

Keluaran19:1

Imej
Musa sedang berdoa

Musa mendaki gunung untuk berbicara kepada Tuhan. Tuhan beritahu Musa bahawa Dia ingin berbicara kepada orang Israel secara bersemuka.

Keluaran 19:3, 9–11

Imej
awan di sekeliling gunung

Orang Israel datang ke kaki Gunung Sinai, dan Tuhan menyebabkan awan tebal mengelilingi gunung. Tuhan berada di awan. Dia berbicara kepada orang Israel dan memberi mereka perintah-perintah. Gunung itu bergoncang semasa Dia berbicara.

Keluaran 19:16–19; 20:1–17; Ulangan 4:12–13, 33; 5:4–5

Imej
Orang Israel takut

Orang Israel takut. Mereka meminta Musa untuk berbicara dengan Tuhan agar Musa boleh beritahu mereka apa yang Tuhan mahukan.

Keluaran 20:18–19

Imej
Para penatua Israel di gunung

Musa membawa Harun dan 70 penatua orang Israel ke gunung untuk menerima lebih banyak ajaran-ajaran Tuhan. Tuhan menampakkan diri-Nya kepada mereka.

Keluaran 24:1, 9–11

Imej
Tuhan sedang menulis pada batu bersurat untuk Musa

Kemudian Tuhan memberitahu Musa untuk meninggalkan para penatua dan naik gunung lebih tinggi. Musa patuh. Tuhan menggunakan jari-Nya untuk menulis hukum dan perintah-Nya pada batu bersurat. Selama 40 hari, Tuhan mengajarkan Musa banyak hal.

Keluaran 24:12–18; 31:18

Imej
Orang Israel membuat patung anak lembu emas

Ketika Musa berada di Gunung Sinai, orang-orang Israel penat menunggunya. Mereka memberitahu Harun untuk membuat patung untuk mereka sembah seperti yang mereka ada di Mesir. Harun mengumpulkan semua emas mereka dan membuat patung anak lembu.

Keluaran 32:1–4

Imej
Orang Israel sedang menyembah patung anak lembu emas

Orang Israel menyembah patung anak lembu emas dan mempersembahkan korban. Mereka kata patung anak lembu emas, dan bukannya Tuhan, yang membebaskan mereka dari Mesir.

Keluaran 32:4–6, 21–24

Imej
Musa turun dari gunung

Tuhan tahu orang Israel menyembah berhala dan melupakan-Nya. Dia memerintahkan Musa untuk kembali dan beritahu mereka untuk bertaubat.

Keluaran 32:7–10

Imej
Musa bercakap dengan orang Israel, patung anak lembu emas dimusnahkan

Musa turun dari Gunung Sinai dan melihat orang Israel menyembah patung anak lembu emas. Dia sangat marah. Orang Israel tidak bersedia untuk mematuhi hukum dan perintah-perintah yang Tuhan telah tuliskan. Musa mematahkan batu bersurat itu dan memusnahkan patung anak lembu emas itu. Dia membantu orang Israel bertaubat dan mengingati Tuhan mereka yang sebenar.

Keluaran 32:15–20, 25–29

Imej
Musa sedang berdoa

Musa meminta Tuhan untuk mengampuni orang Israel dan membuat janji-janji dengan mereka sekali lagi. Musa berjanji untuk memimpin dan mengajar mereka.

Keluaran 32:30–34

Imej
Musa dengan batu bersurat Sepuluh Perintah

Tuhan meminta Musa untuk membuat batu bersurat baharu dan kembali ke Gunung Sinai. Tuhan membuat perjanjian baharu dengan orang Israel dan memberi mereka Sepuluh Perintah-Nya.

Keluaran 20:2–17; 34:1–17, 28; Ulangan 6:24–25; 7:12–13

Cetak