“Abraham dan Ishak,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Abraham dan Ishak,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
Kejadian 17; 21–22
Abraham dan Ishak
Seorang bapa, anak lelaki, dan korban
Abraham dan Sara mempunyai seorang bayi lelaki, sepertimana dijanjikan oleh Tuhan. Mereka menamakannya Ishak.
Mereka mengasihi Ishak. Mereka mengajar dia untuk membuat pilihan yang baik dan mempercayai Tuhan.
Tuhan menjanjikan Abraham dan Sara bahawa melalui Ishak, keluarga mereka akan berkembang untuk memberkati seluruh dunia. Namun pada suatu hari Tuhan mengarahkan Abraham untuk membawa Ishak ke Gunung Moria dan mempersembahkan Ishak sebagai korban.
Dalam perjalanan mereka ke gunung, Ishak bertanya di manakah anak domba untuk dikorbankan. Abraham menjawab bahawa Tuhan akan menyediakannya.
Di Gunung Moria, Abraham membina sebuah altar dan meletakkan kayu di atasnya.
Seperti diperintahkan Tuhan, Abraham meminta Ishak untuk baring di atas altar. Ishak mempercayai Abraham seperti mana Juruselamat Yesus Kristus mempercayai Bapa-Nya.
Ketika Abraham hampir mengorbankan Ishak, seorang malaikat Tuhan menghentikannya. Abraham telah membuktikan imannya kepada Tuhan. Abraham tahu bahawa dia akan sentiasa mematuhi Tuhan.
Abraham memandang ke atas dan terlihat seekor domba yang terperangkap dalam satu belukar. Tuhan telah menyediakan domba itu untuk dikorbankan.
Abraham dan Ishak pelajari bagaimana Bapa Syurgawi akan mempersembahkan Putera-Nya Yesus Kristus sebagai satu korban. Tuhan Yesus Kristus mempercayai Abraham kerana dia patuh. Abraham mempercayai janji Tuhan bahawa suatu hari nanti keluarganya akan bertambah sehingga melebihi bilangan bintang di langit.