“Nuh dan Keluarganya,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Nuh dan Keluarganya,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
Kejadian 6–9; Musa 8
Nuh dan Keluarganya
Sebuah bahtera, banjir, dan janji-janji Tuhan
Nuh dan keluarganya mematuhi Tuhan. Mereka yang lain amat jahat. Tuhan memberitahu Nuh bahawa bumi akan ditenggelami banjir jika orang ramai tidak bertaubat.
Nuh mengajar bahawa Tuhan mengasihi orang ramai dan ingin mereka bertaubat dan mempercayai Yesus Kristus. Mereka enggan mendengar.
Nuh berasa sedih kerana orang ramai tidak ingin bertaubat. Tuhan memfirmankan Nuh untuk membina sebuah kapal besar yang dipanggil bahtera. Bahtera itu akan melindungi keluarga Nuh ketika banjir.
Keluarga Nuh membawa makanan ke dalam bahtera. Tuhan menghantar sekurang-kurangnya dua haiwan dari setiap spesis yang sama kepada Nuh. Haiwan-haiwan memasuki bahtera, dan tujuh hari selepas itu, hujan mula turun.
Sepertimana amaran Tuhan, hujan turun selama 40 hari dan 40 malam. Banjir menenggelamkan bumi.
Keluarga Nuh dan semua haiwan yang dalam bahtera itu terapung di atas air.
Apabila banjir itu berakhir, bahtera itu mendarat di daratan kering. Nuh dan keluarganya membina sebuah altar untuk menyembah Tuhan dan memberi syukur kepada Dia kerana melindungi mereka. Tuhan berjanji untuk tidak lagi membanjirkan dunia. Dia memberikan sebuah pelangi sebagai peringatan tentang janjinya.