Cerita-cerita Kitab Suci
Rahab dan Pengintip-pengintip


“Rahab dan Pengintip-pengintip,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)

“Rahab dan Pengintip-pengintip,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

Yosua 26

Rahab dan Pengintip-pengintip

Pilihan yang menyelamatkan sebuah keluarga

orang-orang di kota sedang memandang jauh ke depan

Seorang wanita bernama Rahab tinggal di Yerikho sebelum ia ditakluki oleh orang Israel. Dia mendengar bahawa Tuhan telah membelah Laut Merah untuk orang Israel. Rahab tahu Tuhan akan membantu orang Israel berperang melawan kotanya. Orang-orang di Yerikho adalah jahat.

Yosua 2:9–11

para pengintip bersembunyi daripada para pengawal

Nabi Yosua memimpin tentera Israel. Dia menghantar dua pengintip ke Yerikho. Tetapi dua pengintip itu dikesan, dan raja Yerikho menghantar para pengawal untuk menangkap mereka.

Yosua 2:1–3

Rahab bercakap dengan para pengintip

Para pengintip datang ke rumah Rahab. Rahab bersetuju untuk membantu mereka, jadi dia menyembunyikan mereka di atas bumbungnya.

Yosua 2:4–6

Rahab menyembunyikan para pengintip

Para askar raja mencari rumah Rahab tetapi tidak dapat menjumpai para pengintip itu. Selepas mereka pergi, Rahab meminta dua pengintip itu untuk melindungi keluarganya ketika tentera mereka datang untuk berperang melawan Yerikho. Kedua-dua itu menjanjikan Rahab bahawa keluarganya akan selamat. Kemudian Rahab membuang tali ke luar tingkapnya supaya dua pengintip itu dapat melarikan diri.

Yosua 2:3, 12–15

Rahab dan keluarganya melarikan diri dari Yerikho

Para pengintip itu kembali kepada nabi Yosua dan memberitahu tentera Israel untuk tidak membahayakan sesiapa pun di rumah Rahab. Kemudian, ketika orang Israel berperang dengan Yerikho, mereka menepati janji mereka kepada Rahab. Keberanian Rahab menyelamatkan keluarganya. Keluarganya menyertai umat Tuhan.

Yosua 2:23; 6:25; Ibrani 11:31