Cerita-cerita Kitab Suci
Elisa Menyembuhkan Naaman


“Elisa Menyembuhkan Naaman,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)

“Elisa Menyembuhkan Naaman,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

2 Raja-Raja 5

Elisa Menyembuhkan Naaman

Betapa hebatnya mukjizat yang datang kerana iman yang sederhana

Naaman sakit di atas katil

Jauh di Siria, ada seorang lelaki bernama Naaman. Dia seorang panglima yang hebat dalam tentera Siria. Tetapi Naaman menghidapi penyakit kulit yang menyakitkan iaitu penyakit kusta.

2 Raja-Raja 5:1

Perempuan Israel bercakap dengan isteri Naaman

Hamba isteri Naaman ialah seorang perempuan Israel. Perempuan itu beriman kepada Tuhan. Dia berkata jika Naaman dapat melawat nabi Elisa, Naaman akan disembuhkan dari penyakitnya.

2 Raja-Raja 5:2–4

Naaman mengembara untuk mencari Elisa

Naaman mengembara jauh untuk mencari Elisa. Naaman fikir dia akan disembuhkan oleh mukjizat yang hebat.

2 Raja-Raja 5:5–8

Naaman sedang bercakap dengan orang suruhan Elisa

Naaman tiba di rumah Elisa bersama para orang suruhan, kuda, dan kereta kuda dia. Elisa menghantar orang suruhannya untuk memberi arahan Tuhan kepada Naaman. Tuhan akan menyembuhkan Naaman jika dia membasuh dirinya di Sungai Yordan sebanyak tujuh kali.

2 Raja-Raja 5:9–10

Naaman sedang merungut di tepi sungai

Naaman marah kerana dia mahu nabi Tuhan keluar dan menyembuhkannya dengan cepat. Naaman merungut bahawa Sungai Yordan tidak sebaik sungai-sungai besar di Siria.

2 Raja-Raja 5:11–12

orang suruhan sedang bercakap dengan Naaman di tepi sungai

Tetapi orang suruhan Naaman bertanya mengapa Naaman tidak melakukan tugas yang sederhana itu. Walaupun tidak masuk akal kepada Naaman, nabi Tuhan telah memintanya untuk melakukannya.

2 Raja-Raja 5:13

Naaman di Sungai Yordan, sembuh

Naaman berhenti menjadi angkuh dan mendengar hambanya. Dia membasuh dirinya di Sungai Yordan sebanyak tujuh kali. Kemudian Tuhan menyembuhkan Naaman, seperti yang Elisa katakan. Naaman tahu bahawa Elisa adalah seorang nabi dan Tuhan benar-benar wujud.

2 Raja-Raja 5:14–15