Cerita-cerita Kitab Suci
Yakub dan Esau


“Yakub dan Esau,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)

“Yakub dan Esau,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

Kejadian 25–27

Yakub dan Esau

Dua beradik dan hak anak sulung

Esau dan Yakub sedang bekerja

Ishak dan Ribka mempunyai sepasang kembar lelaki, Yakub dan Esau. Esau seorang pemburu yang mahir. Yakub hidup sederhana dan mematuhi Tuhan.

Kejadian 25:20–28

Esau dan Ishak

Esau dilahirkan lebih awal. Anak sulung biasanya menerima berkat hak anak sulung dari bapanya. Hak anak sulung ini bermaksud dia akan membimbing keluarga dan memperoleh tanah dan haiwan yang lebih banyak untuk membantu menjaga keluarganya. Tetapi Esau lebih mementingkan diri daripada keluarganya, dan dia mengingkari ibu bapanya dan Tuhan.

Keluaran 25:25, 32; 26:34–35

Yakub memberi makanan kepada Esau

Satu hari Esau kembali dari berburu. Dia amat lapar dan merayu kepada Yakub untuk memberinya makan. Tuhan ingin Yakub memperoleh berkat hak anak sulung itu kerana Esau tidak layak untuk menerimanya. Yakub meminta Esau untuk menjualkan hak anak sulung itu kepadanya dengan makanan. Esau bersetuju dan menjualkan hak anak sulungnya kepada Yakub.

Kejadian 25:23, 29–34; Ibrani 11:20

Ribka dan Ishak

Ribka dan Ishak inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka sedih kerana Esau sentiasa melakukan kehendaknya sendiri dan bukannya apa yang Tuhan inginkan.

Kejadian 26:34–35

Ishak bercakap dengan Esau

Ishak semakin berumur dan menjadi buta. Sebelum dia meninggal, dia meminta Esau untuk berburu dan masakkan satu haiwan untuk dia makan dan nikmati.

Kejadian 27:1–4

Ribka melihat Esau

Ribka tahu bahawa tiba masanya untuk Ishak memberikan berkat hak anak sulung.

Kejadian 27:5

Ribka bercakap dengan Yakub

Ribka meminta Yakub untuk mendapatkan dua haiwan supaya dia boleh masakkan makanan sebelum Esau kembali. Kemudian Yakub akan menerima berkat itu.

Kejadian 27:6–17

Ishak memberikan berkat kepada Yakub

Yakub berpakaian seperti Esau dan membawa makanan itu kepada bapanya. Ishak memberikan berkat hak anak sulung kepada Yakub. Apabila Esau kembali, dia amat marah dengan Yakub. Tetapi hak anak sulung itu diberi kepada Yakub kerana dia mematuhi perintah-perintah Tuhan manakala Esau tidak.

Kejadian 27:18–29