“Elia dan Imam-Imam Baal,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Elia dan Imam-Imam Baal,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
1 Raja-Raja 18
Elia dan Imam-Imam Baal
Nabi Tuhan dan imam-imam palsu
Kerajaan Israel menderita akibat tiada air. Raja Ahab memerintahkan rakyatnya untuk menyembah tuhan palsu yang bernama Baal.
Tuhan telah menghantar nabi Elia untuk bertemu dengan Ahab. Elia menjemput semua orang ke atas satu gunung. Dia mencabar raja dan imam-imamnya untuk melihat sama ada Tuhan atau Baal merupakan Tuhan yang benar.
Elia menjelaskan cabaran itu. Dia dan imam-imam akan mengorbankan seekor lembu jantan di atas altar, namun mereka tidak boleh sendiri menyalakan api itu. Sebaliknya, imam-imam harus berdoa kepada Baal untuk menyalakan api. Kemudian Elia akan berdoa kepada Tuhan untuk menyalakan api. Elia tahu bahawa hanya Tuhan yang benar boleh nyalakan api itu.
Imam-imam Baal berdoa kepada tuhan mereka dari pagi hingga tengah hari, namun tidak ada apapun yang berlaku. Elia mempersendakan mereka dan berkata mungkin tuhan Baal mereka masih tidur.
Imam-imam menjadi marah, dan melompat ke atas altar, dan meninggikan suara sehingga malam. Mereka berharap tuhan mereka akan menjawab, namun masih tiada api.
Kemudian, giliran Elia. Dia membina sebuah altar bagi Tuhan, menggali parit di keliling altar itu, dan menyediakan korban.
Elia meminta orang untuk mengisi empat tong air dan menuangnya ke kayu altar sebanyak tiga kali. Air membasahi kayu-kayu di altar itu. Ia mengisi semua parit.
Elia berdoa kepada Tuhan untuk menunjukkan kuasa Tuhan yang benar. Api Tuhan turun dan membakar habis korban, kayu, batu, dan air itu. Orang ramai tahu bahawa Tuhan Elia merupakan Tuhan yang benar. Elia berdoa agar kemarau akan berakhir, dan Tuhan menurunkan hujan.