Cerita-cerita Kitab Suci
Mimpi-mimpi Yusuf yang Diilhami


“Mimpi-mimpi Yusuf yang Diilhami,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)

“Mimpi-mimpi Yusuf yang Diilhami,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

Kejadian 3037

Mimpi-mimpi Yusuf yang Diilhami

Pergelutan keluarga untuk saling mengasihi

Yakub dan Yusuf berjubah

Rahel dan Yakub telah berdoa selama bertahun-tahun untuk mempunyai seorang anak lelaki. Tuhan telah menjawab doa-doa mereka ketika Yusuf dilahirkan. Yusuf ialah anak lelaki kegemaran Yakub, dan dia memberi Yusuf jubah istimewa. 10 anak lelaki Yakub yang lebih tua berasa cemburu.

Kejadian 30:22–24; 37:1–4

Yusuf menjelaskan mimpi tentang biji-bijian

Ketika Yusuf berumur kira-kira 17 tahun, dia mempunyai mimpi yang diilhami bahawa dia sedang mengumpul biji-bijian di ladang bersama para abangnya. Biji-bijian Yusuf berdiri tinggi. Tetapi biji-bijian milik para abangnya tunduk kepada biji-bijian milik Yusuf. Apabila Yusuf memberitahu para abangnya tentang mimpi itu, mereka marah dengannya.

Kejadian 37:2, 5–8

Yusuf menjelaskan mimpi tentang bintang-bintang

Kemudian, Yusuf mempunyai satu lagi mimpi yang diilhami. Dalam mimpi ini, matahari, bulan, dan 11 bintang menunduk kepadanya. Yusuf memberitahu keluarganya tentang mimpi itu. Erti mimpi ini seperti Yusuf akan memimpin keluarganya. Abang-abang Yusuf menjadi lebih marah kepadanya. Mereka tidak suka mimpinya.

Kejadian 37:9–11

Yusuf menjenguk abang-abangnya

Suatu hari, abang-abang Yusuf keluar untuk memberi makan kepada domba. Yakub menghantar Yusuf untuk menjenguk mereka.

Kejadian 37:12–19

Abang-abang Yusuf

Beberapa abang Yusuf ingin membunuhnya. Mereka mengambil jubah Yusuf dan membuangnya ke dalam lubang.

Kejadian 37:20–24

Yusuf dalam perigi kering

Ketika Yusuf berada dalam perigi kering itu,para abangnya nampak para pengembara pergi ke Mesir. Para abangnya memutuskan untuk menjual Yusuf sebagai hamba kepada para pengembara untuk 20 keping wang perak.

Kejadian 37:25–28

darah pada jubah Yusuf

Kemudian para abang Yusuf meletakkan darah kambing pada jubahnya. Para abangnya pergi kepada bapa mereka, Yakub, dan menunjukkan jubah itu. Mereka berbohong kepada Yakub dan memberitahunya bahawa binatang liar telah membunuh Yusuf.

Kejadian 37:31–33

Yakub sedang menangis

Yakub menangis kerana dia menyangka Yusuf sudah mati.

Kejadian 37:32–35

Yusuf hidup sebagai hamba di Mesir

Tetapi Yusuf masih hidup. Dia ada di Mesir jauh dari rumahnya, hidup sebagai hamba.

Kejadian 37:36