“Yakub dan Keluarganya,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Yakub dan Keluarganya,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
Kejadian 27–33
Yakub dan Keluarganya
Bagaimana Tuhan menunaikan janji-Nya
Yakub meninggalkan rumahnya untuk melarikan diri daripada Esau, abangnya yang marah. Bapa Yakub telah memberkatinya untuk mencari dan berkahwin dengan seorang wanita yang mengasihi dan mematuhi perintah-perintah Tuhan.
Ketika Yakub sedang mengembara, Tuhan mengunjungi dia dalam satu penglihatan. Dia berjanji untuk sentiasa bersama Yakub. Yakub berjanji untuk memberi persepuluhan kepada Tuhan daripada segalanya yang dia peroleh.
Tuhan berjanji kepada Yakub bahawa dia akan memperoleh anak yang ramai. Melalui anak-anak Yakub, keluarga-keluarga di bumi akan diberkati untuk mengetahui tentang Juruselamat. Keluarga Yakub di zaman akhir dipanggil keturunan Israel.
Kejadian 28:3–4, 14; 1 Nefi 10:14
Yakub mengembara ke negeri Haran. Di sana dia jatuh cinta dengan seorang wanita yang soleh bernama Rahel.
Yakub bersetuju untuk bekerja dengan bapa Rahel, selama tujuh tahun untuk mendapat izin mengahwini Rahel. Laban bersetuju. Yakub bekerja untuk tujuh tahun.
Tetapi Laban inginkan Lea, anak perempuan sulungnya, untuk berkahwin dahulu. Ketika perkahwinan, Laban menipu Yakub dan mengahwinkan Lea kepadanya. Namun Yakub mengasihi Rahel. Dia berjanji untuk bekerja tujuh tahun lagi supaya dia dapat mengahwini Rahel. Laban bersetuju, dan keluarga Yakub semakin bertambah.
Kejadian 29:28–35; 30:3–13, 17–24; Yakub 2:27–30
Laban tidak membayar gaji Yakub dengan adil. Tetapi Tuhan memberkati Yakub dengan banyak haiwan dan perintahkan Yakub untuk pulang ke rumah.
Kejadian 30:31, 43; 31:1–7, 17–18
Dalam perjalanan pulang, Yakub mendapat tahu bahawa abangnya, Esau, dan 400 orang lelaki lain akan datang untuk menemuinya.
Yakub fikir Esau masih marah terhadapnya. Yakub risau akan keselamatan keluarganya, jadi dia membawa mereka ke satu tempat yang selamat dan berdoa.
Yakub berdoa sepanjang malam sehinggalah keesokan paginya. Tuhan mengunjungi Yakub dan memberkatinya. Tuhan memberitahu Yakub bahawa dia akan menjadi seorang pemimpin yang hebat bagi ramai orang. Tuhan mengubah nama Yakub kepada Israel.
Tidak lama kemudian Esau dan pengikut-pengikutnya menemukan Yakub dan keluarganya. Esau tidak lagi marah kepada Yakub. Dia berlari untuk bertemu dengan Yakub dan memeluknya. Dia amat gembira melihat Yakub dan bertemu dengan keluarganya. Yakub gembira dapat berjumpa semula dengan Esau.
Tuhan menunaikan janji-Nya kepada Yakub sepanjang kehidupannya. Yakub tiba di rumah bersama keluarganya dan menetap di sana. Sejak itu, Yakub dipanggil Israel, dan keluarganya dipanggil orang Israel. Dia tetap mematuhi perintah-perintah dan menyembah Tuhan.