“Bayi Musa,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Bayi Musa,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
Keluaran 1–2
Bayi Musa
Melindungi pemimpin masa depan orang Israel
Keluarga Yakub menjadi bangsa besar di Mesir. Mereka digelar orang Israel. Firaun, takut bahawa satu hari nanti bilangan orang Israel akan menjadi lebih ramai dan mereka akan mengambil alih Mesir, jadi dia menjadikan orang Israel hamba-hambanya.
Firaun kemudian memerintahkan semua bayi-bayi lelaki orang Israel yang baru dilahirkan dibunuh. Keluarga-keluarga Israel amat takut.
Seorang ibu Israel bernama Yokhebed memikirkan satu cara untuk menyelamatkan bayi lelakinya. Dia meletakkan bayinya ke dalam satu bakul dan sembunyikan bakul itu di dalam rumput-rampai tinggi di tepi Sungai Nil. Kakak bayi itu, Miryam, mengawasi untuk memastikan adiknya selamat.
Ketika sedang mandi di sungai, puteri Firaun menjumpai bakul itu. Dia melihat bayi Israel yang tidak terdaya itu menangis dan ingin membesarkan bayi itu sebagai anak dia. Miryam mendekati puteri Firaun dan bertanya jika puteri itu boleh membawa seorang wanita Israel untuk membantu menjaga bayi itu.
Miryam membawa ibunya, Yokhebed, kepada puteri Firaun. Puteri Firaun bersetuju membayar Yokhebed untuk menjaga bayi itu.
Bayi Israel itu membesar. Puteri Firaun membesarkan dia seperti anak sendiri. Dia menamakannya Musa.