Scripture Stories
Abraham dan Sara


“Abraham dan Sara,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2021)

“Abraham dan Sara,” Cerita-cerita Perjanjian Lama

Kejadian 11–15; 17; Abraham 1–2

Abraham dan Sara

Sebuah janji untuk memberkati keluarga manusia

Imej
malaikat menyelamatkan Abraham dari imam

Abraham tinggal di kota Ur. Imam-imam jahat ingin mengorbankan dia kepada pemujaan berhala mereka. Abraham berdoa dan Tuhan menyelamatkannya.

Abraham 1:1–20

Imej
Abraham dan Sara mengembara dengan unta

Kemudian Tuhan memerintahkan Abraham dan isterinya Sara untuk meninggalkan Ur dan pergi ke tempat yang jauh. Dia berjanji untuk memberkati mereka dalam perjalanan mereka.

Kejadian 12:1–3; Abraham 2:2–4

Imej
Abraham dan Sara menjaga domba-domba

Abraham dan Sara mempercayai Tuhan dan meninggalkan Ur. Namun mereka berasa sedih kerana mereka tidak mendapat anak. Tuhan menghiburkan mereka. Dia berjanji bahawa mereka akan mempunyai seorang anak.

Kejadian 11:30–31; 15:1–6; 17:2–16; Abraham 2:6–9

Imej
Tuhan muncul kepada Abraham

Abraham berdoa kepada Tuhan untuk belajar lebih tentang Dia. Tuhan mengunjungi Abraham dan menggelar diri-Nya Yehovah. Yehovah membuat satu perjanjian dengan Abraham. Dia berjanji bahawa Abraham akan memperoleh imamat. Dia juga berjanji bahawa melalui keluarga Abraham, semua keluarga di bumi akan diberkati.

Abraham 2:6–11

Imej
Abraham dan Sara mengembara dengan unta

Ketika dalam perjalanan, Abraham dan Sara perlu mencari makanan. Mereka tinggal di satu tempat yang dinamakan Kanaan. Tiada makanan di sana, maka mereka perlu pergi ke Mesir. Tetapi kehidupan di Mesir amat berbahaya bagi mereka.

Kejadian 12:10–20; Abraham 2:21–25

Imej
Abraham dan Sara memerhatikan haiwan-haiwan

Abraham dan Sara meninggalkan Mesir dan kembali ke Kanaan. Mereka telah membawa makanan dan haiwan-haiwan dari Mesir bersama mereka. Kanaan merupakan sebahagian daripada tanah yang Tuhan telah janjikan kepada mereka.

Kejadian 13:1–4, 12; Abraham 2:19

Imej
Melkisedek sedang bercakap kepada Abraham dan Sara

Tuhan juga memenuhi janji-Nya bahawa Abraham akan menerima imamat. Pada suatu hari Abraham dan Sara bertemu dengan seorang raja yang soleh bernama Melkisedek. Abraham membayar persepuluhan kepada dia.

Kejadian 14:18–24; Alma 13:15

Imej
Melkisedek memberkati Abraham

Abraham menerima imamat daripada Melkisedek. Ini merupakan imamat sama yang nabi Adam dan Nuh telah terima.

Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 14:36–40; Abraham 1:2–4; Ajaran dan Perjanjian 84:14

Imej
Abraham dan Sara

Abraham dan Sara hidup gembira di Kanaan, namun mereka masih risau kerana mereka tidak punyai anak. Mereka harus mempercayai janji Tuhan bahawa satu hari nanti keluarga mereka akan berkembang dan memberkati seluruh dunia.

Kejadian 13:12; 15:3–6

Cetak