“Idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“Idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
Idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi
Berikut ialah beberapa cara untuk meningkatkan pengkajian firman Tuhan dalam tulisan suci:
Cari kebenaran tentang Yesus Kristus
Tulisan suci mengajar bahawa segala hal bersaksi tentang Kristus (lihat 2 Nefi 11:4; Musa 6:63), oleh itu, pertimbangkan untuk mencatat atau menanda ayat yang mengajar tentang Juruselamat dan cara untuk mengikuti-Nya.
Cari Firman dan Frasa yang Mengilhamkan
Anda mungkin temui firman-firman dan frasa tertentu dalam tulisan suci yang anda kagumi, seolah-olah tulisan suci itu ditulis khas untuk anda. Anda mungkin merasakan firman dan frasa ini berkaitan dengan anda secara peribadi dan mengilhami anda serta menggalakkan anda. Pertimbangkan untuk menanda firman dan frasa ini dalam tulisan suci anda atau mencatat tulisan ini dalam jurnal pengkajian anda.
Cari Kebenaran Injil
Kebenaran injil (biasanya dipanggil ajaran atau asas) kadangkala dinyatakan secara jelas dan kadangkala dalam sesebuah contoh atau cerita. Tanya diri sendiri, “Apakah kebenaran abadi yang diajar dalam ayat-ayat ini?”
Dengarkan Roh
Berikan perhatian pada fikiran dan perasaan anda, walaupun tidak berkaitan dengan perkara yang anda sedang baca. Tanggapan-tanggapan itu mungkin adalah perkara yang Bapa Syurgawi ingin anda belajar.
Ibaratkan Tulisan Suci dengan Kehidupan Anda
Pertimbangkan bagaimana cerita dan ajaran yang anda baca boleh digunakan dalam kehidupan anda. Contohnya, anda boleh menanya diri sendiri, “Apakah pengalaman serupa yang saya alami dengan perkara yang saya baca?” atau “Bagaimanakah saya boleh mengikut teladan dalam tulisan suci?”
Tanya Soalan semasa Anda Mengkaji
Semasa anda mengkaji tulisan suci, soalan akan timbul dalam minda. Soalan-soalan ini mungkin berkaitan dengan perkara yang anda sedang baca atau dengan kehidupan anda. Renungkan soalan-soalan ini dan cari jawapan semasa anda terus mengkaji tulisan suci.
Gunakan Bantuan Pengkajian Tulisan Suci
Untuk memperoleh pandangan tambahan tentang ayat-ayat yang anda baca, gunakan nota kaki, Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) dan bantuan pengajian yang lain.
Pertimbangkan Konteks Tulisan suci
Anda boleh mendapat pandangan yang bermakna tentang tulisan suci jika anda mempertimbangkan konteks—keadaan atau latar belakang tulisan suci tersebut. Contohnya, dengan mengetahui latar belakang dan kepercayaan bangsa yang nabi katakan, anda dapat lebih memahami kata-katanya.
Catat Fikiran dan Perasaan Anda
Terdapat pelbagai cara untuk mencatat tanggapan yang datang kepada anda semasa anda mengkaji. Contohnya, anda boleh menanda firman atau frasa yang bermakna dan mencatat fikiran anda sebagai nota dalam kitab suci anda. Anda juga boleh menyimpan jurnal untuk mencatat pandangan, perasaan dan tanggapan yang anda terima.
Kaji Kata-Kata Para Nabi dan Rasul Zaman Akhir
Baca ajaran-ajaran para nabi dan rasul zaman akhir mengenai asas-asas yang anda temui dalam tulisan suci (contohnya, lihat conference.ChurchofJesusChrist.org dan majalah Gereja).
Kongsi Pandangan
Perbincangan tentang pandangan pengkajian peribadi anda bukan sahaja cara baik untuk mengajar orang lain, malah turut membantu memperkuatkan pemahaman anda tentang perkara yang anda telah baca.
Jalankan Perkara yang Anda Pelajari
Pengkajian tulisan suci tidak harus hanya mengilhami kita tetapi turut membimbing kita untuk mengubah cara kita hidup. Dengarkan perkara yang Roh minta anda lakukan semasa anda membaca, kemudian bertekad untuk bertindak atas bisikan itu.