“Mengajar Kanak-kanak Kecil,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“Mengajar Kanak-kanak Kecil,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
Mengajar Kanak-kanak Kecil
Jika anda mempunyai kanak-kanak kecil dalam keluarga anda, berikut ialah beberapa aktiviti yang boleh membantu mereka belajar:
-
Bernyanyi. Nyanyian Rohani dan lagu-lagu dari Buku Nyanyian Anak-Anak mengajarkan ajaran dengan berkuasa. Gunakan indeks topik pada belakang Buku Nyanyian Anak-Anak untuk mencarikan lagu-lagu yang berkaitan dengan asas-asas injil yang anda ajar. Bantu anak-anak anda mengaitkan pesanan lagu-lagu itu kepada kehidupan mereka. (Lihat juga “Menggunakan Muzik Kudus dalam Pembelajaran Injil Anda” dalam sumber ini.)
-
Mendengar atau melakonkan satu cerita. Kanak-kanak kecil menggemari cerita—dari tulisan suci, dari kehidupan anda, dari sejarah keluarga anda atau dari majalah Gereja. Cari jalan untuk melibatkan mereka dalam aktiviti bercerita. Mereka boleh memegang gambar atau objek, melukis gambar tentang kisah yang diceritakan, melakonkan cerita atau membantu mengisahkan cerita. Bantu anak-anak anda mengenal pasti kebenaran injil dalam cerita-cerita yang anda kongsi.
-
Baca tulisan suci. Kanak-kanak kecil mungkin tidak dapat membaca dengan banyak, namun anda masih boleh melibatkan mereka dalam pembelajaran tulisan suci. Anda mungkin perlu tumpukan pada satu ayat, frasa atau perkataan. Kanak-kanak boleh menghafal frasa pendek dari tulisan suci jika mereka membaca tulisan suci tersebut berulang kali. Apabila mereka mendengar firman Tuhan, mereka akan merasai Roh.
-
Lihat gambar atau tonton video. Apabila anda tunjukkan gambar atau video yang berkaitan dengan asas injil atau cerita tulisan suci kepada anak-anak anda, tanyakan soalan yang boleh membantu mereka belajar dari perkara yang mereka lihat. Contohnya, anda boleh tanya, “Apakah yang sedang berlaku dalam gambar atau video ini? Apakah perasaan anda?” Aplikasi Gospel Media, GospelMedia.ChurchofJesusChrist.org, dan children.ChurchofJesusChrist.org merupakan tempat yang baik untuk mencari gambar dan video.
-
Cipta. Kanak-kanak boleh membina, melukis atau mewarna sesuatu yang berkaitan dengan cerita atau asas yang dipelajari.
-
Ambil bahagian dalam pengajaran berobjek. Pengajaran berobjek yang mudah boleh membantu anak-anak anda memahami asas injil yang sukar difahami. Apabila menggunakan pengajaran berobjek, cari jalan untuk melibatkan anak-anak anda. Mereka akan belajar secara lebih mendalam melalui pengalaman interaktif, berbanding dengan hanya menyaksikan demonstrasi.
-
Lakon peranan. Apabila kanak-kanak membuat lakon peranan situasi yang mungkin mereka akan hadapi dalam kehidupan sebenar, mereka dapat lebih fahami bagaimana asas injil boleh digunakan dalam kehidupan mereka.
-
Ulangi aktiviti. Kanak-kanak kecil mungkin perlu mendengar konsep beberapa kali untuk memahaminya. Jangan takut untuk mengulangi cerita atau aktiviti. Contohnya, anda boleh berkongsi cerita tulisan suci beberapa kali melalui cara yang berlainan—membaca dari tulisan suci, ringkaskan cerita itu dengan kata anda sendiri, tunjukkan video, minta anak-anak anda ceritakan cerita itu, jemput mereka melakonkan cerita dan sebagainya.