Perjanjian Baru 2023
Sumber-sumber Tambahan


“Sumber-sumber Tambahan,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“Sumber-sumber Tambahan,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Imej
keluarga sedang mengkaji tulisan suci

Sumber-sumber Tambahan

Sumber-sumber ini terdapat dalam aplikasi Gospel Library dan di ChurchofJesusChrist.org.

Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-anak

Muzik kudus menjemput Roh, membantu kita merasa kasih Tuhan, dan mengajar ajaran dengan cara yang tidak dapat dilupakan. Selain gunakan versi cetakan Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-anak, anda boleh cari video dan rakaman audio lagu rohani dan lagu kanak-kanak di music.ChurchofJesusChrist.org dan dalam aplikasi Sacred Music dan Gospel Media.

Buku Panduan Seminari dan Institut

Buku Panduan Seminari dan Institut menyediakan latar belakang sejarah dan ulasan ajaran tentang asas-asas dan laporan yang terdapat dalam kitab suci.

Majalah Gereja

Majalah Friend, Untuk Kekuatan Remaja, dan Liahona mengandungi cerita serta aktiviti yang boleh menambah pada asas-asas yang anda ajar dari Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.

Cerita-cerita Perjanjian Baru

Cerita-cerita Perjanjian Baru boleh membantu kanak-kanak belajar ajaran dan cerita yang terdapat dalam Perjanjian Baru. Anda juga boleh temukan video cerita-cerita ini dalam aplikasi Gospel Library dan di GospelMedia.ChurchofJesusChrist.org.

Buku Warna Cerita-cerita Tulisan Suci—Perjanjian Baru

Sumber ini mengandungi halaman mewarna yang menyeronokkan yang direka untuk memperkayakan pembelajaran kanak-kanak dari Perjanjian Baru.

Video dan Karya Seni

Karya seni, video, dan media lain boleh membantu keluarga anda memahami ajaran dan menggambarkan cerita yang berkaitan dengan tulisan suci. Layari Gospel Media di GospelMedia.ChurchofJesusChrist.org untuk mencari koleksi Gereja untuk sumber-sumber media. Gospel Media juga tersedia dalam aplikasi mudah alih. Terdapat banyak gambar yang anda boleh gunakan dalam Buku Seni Injil.

Cetak