Perjanjian Baru 2023
Idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga


“Idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“Idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

ibu dan anak sedang mengkaji tulisan suci

Idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga

Kajian tulisan suci sekeluarga yang kerap adalah cara yang berkuasa untuk membantu keluarga anda merasakan pengaruh Roh Kudus dan mempelajari injil. Berapa banyak dan berapa lama anda baca sebagai sekeluarga tidak penting berbanding dengan kecekalan usaha anda. Apabila anda jadikan pengkajian tulisan suci bahagian penting dalam kehidupan keluarga, anda membantu ahli keluarga anda lebih mendekati Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus serta membina kesaksian pada landasan firman Tuhan. Pertimbangkan untuk berunding bersama tentang soalan-soalan berikut:

  • Bagaimanakah ahli keluarga anda boleh menggalakkan satu sama lain untuk mengkaji tulisan suci secara individu?

  • Apakah yang ahli keluarga anda boleh lakukan untuk galakkan satu sama lain untuk berkongsi perkara yang mereka pelajari?

  • Bagaimana anda boleh tekankan asas-asas yang anda belajar dari Perjanjian Baru setiap hari?

Ingatlah bahawa rumah ialah tempat yang paling baik untuk pembelajaran injil. Anda boleh belajar dan mengajar injil di rumah melalui cara yang tidak dapat dilakukan dalam kelas Gereja. Jadilah kreatif semasa anda fikirkan cara untuk membantu keluarga anda belajar dari tulisan suci. Pertimbangkan beberapa idea berikut untuk meningkatkan pengkajian tulisan suci sekeluarga anda.

keluarga dan pemimpin Gereja menyanyi bersama di rumah

Gunakan Muzik

Nyanyikan lagu yang menguatkan asas-asas yang diajar dalam tulisan suci. Cadangan lagu rohani atau lagu kanak-kanak disenaraikan dalam panduan mingguan. Anda boleh tanyakan ahli keluarga soalan tentang perkataan atau frasa dalam lirik. Selain menyanyi, keluarga anda boleh buat gerakkan yang sesuai dengan lagu itu atau mainkan lagu itu sebagai muzik latar sementara mereka lakukan aktiviti-aktiviti lain. Untuk idea-idea lanjut, lihat “Menggunakan Muzik Kudus dalam Pembelajaran Injil Anda” dalam sumber ini.

Kongsi Tulisan Suci yang Bermakna

Berikan ahli keluarga masa untuk berkongsi petikan ayat suci yang mereka rasa bermakna semasa pengkajian peribadi mereka.

Gunakan Perkataan Anda Sendiri

Jemput ahli keluarga untuk meringkaskan dengan kata mereka sendiri perkara yang mereka pelajari dari kajian tulisan suci.

Gunakan Tulisan Suci dalam Kehidupan Anda

Selepas membaca petikan ayat suci, minta ahli keluarga berkongsi bagaimana petikan itu boleh digunakan dalam kehidupan mereka.

Tanya Soalan

Jemput ahli keluarga bertanya satu soalan injil, kemudian luangkan masa untuk cari ayat yang boleh jawab soalan itu.

Paparkan Tulisan Suci

Pilih satu ayat suci yang bermakna bagi anda dan paparkan ayat suci tersebut di tempat yang ahli keluarga sering dapat lihat. Jemput ahli keluarga lain bergilir memilih satu ayat suci untuk dipaparkan.

ibu dan anak-anak sedang mengkaji tulisan suci

Buatkan Senarai Tulisan Suci

Sebagai sekeluarga, pilih beberapa ayat yang anda ingin bincangkan pada minggu depan.

Hafal Tulisan Suci

Pilih satu petikan ayat suci yang bermakna bagi keluarga anda dan jemput ahli keluarga untuk menghafal ayat tersebut dengan mengulanginya setiap hari atau bermain permainan menghafal.

Kongsi Pengajaran Berobjek

Cari objek yang berkaitan dengan asas-asas injil dalam petikan ayat suci yang keluarga anda baca. Jemput ahli keluarga untuk bincangkan bagaimana setiap objek itu berkaitan dengan ajaran-ajaran tulisan suci.

Pilih Topik

Minta ahli keluarga bergilir memilih satu topik yang akan dikaji oleh sekeluarga. Gunakan Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) untuk mencari petikan ayat suci tentang topik itu.

Lukis Gambar

Baca beberapa ayat sebagai sekeluarga, kemudian berikan masa untuk ahli keluarga melukis sesuatu yang berkaitan dengan apa yang dibaca. Luangkan masa untuk bincangkan lukisan itu.

Lakonkan Cerita

Selepas membaca sebuah cerita, jemput ahli keluarga melakonkan cerita itu. Selepas itu, bincangkan bagaimana cerita itu berkaitan dengan perkara yang anda alami secara individu dan secara sekeluarga.

Presiden Russell M. Nelson berkata: “Saya berjanji apabila anda tekun membentuk semula rumah anda kepada satu pusat pembelajaran injil, pada akhirnya hari sabat anda akan menjadi satu kegembiraan. Anak-anak anda akan suka belajar dan mematuhi ajaran-ajaran Juruselamat, dan pengaruh musuh dalam kehidupan anda dan dalam rumah anda akan berkurangan. Perubahan dalam keluarga anda akan menjadi dramatik dan berterusan” (“Menjadi Orang Suci Zaman Akhir Yang Baik,” Liahona, Nov. 2018, 113).