Perjanjian Baru 2023
Penukaran Hati ialah Matlamat Kita


“Penukaran Hati ialah Matlamat Kita,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“Penukaran Hati Ialah Matlamat Kita,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

seorang wanita sedang mengkaji tulisan suci

Penukaran Hati ialah Matlamat Kita

2:45

Matlamat segala pembelajaran dan pengajaran injil adalah untuk memperdalamkan penukaran hati kita terhadap Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus serta membantu kita menjadi lebih seperti Mereka. Untuk ini, apabila kita mengkaji injil, kita tidak hanya mencarikan maklumat baharu; kita mahu menjadi seorang “manusia baru” (2 Korintus 5:17). Ini bermaksud bergantung pada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus untuk membantu kita mengubah hati kita, pandangan kita, tindakan kita dan sifat semula jadi kita.

Tetapi pembelajaran injil yang memperkukuhkan iman kita dan membimbing kepada mukjizat penukaran hati tidak berlaku sekali gus. Pembelajaran ini melangkaui bilik kelas ke dalam hati dan rumah kita. Pemahaman dan pematuhan injil melibatkan usaha harian yang tetap. Pembelajaran injil yang mendorong kepada penukaran hati yang sejati memerlukan pengaruh Roh Kudus.

Roh Kudus membimbing kita kepada kebenaran dan bersaksi kebenaran itu (lihat Yohanes 16:13). Dia menerangi minda kita, mempercepatkan pemahaman kita dan menyentuh hati kita dengan wahyu daripada Tuhan, iaitu sumber kesemua kebenaran. Roh Kudus menyucikan hati kita. Dia mengilhami kita agar berhasrat untuk mematuhi kebenaran ini dan Dia bisikkan cara-cara untuk berbuat demikian. Sememangnya, “Roh Tuhan … akan mengajar [kita] segala-galanya” (Yohanes 14:26).

Untuk ini, dalam usaha kita untuk menjalani, mempelajari dan mengajar injil, yang utama dan paling penting, kita harus mencari penemanan Roh. Matlamat ini harus menentukan pilihan kita dan membimbing fikiran serta tindakan kita. Kita harus mencari apa pun yang menjemput pengaruh Roh dan menolak apa pun yang menolak pengaruh itu—kerana kita tahu jika kita boleh menjadi layak untuk hadirat Roh Kudus, kita juga boleh menjadi layak dalam hadirat Tuhan dan Putera-Nya, Yesus Kristus.