Perjanjian Baru 2023
4–10 Disember. Wahyu 1–5: “Kepada Anak Domba itu … Kemuliaan dan Kekuasaan Selama-lamanya”


“4–10 Disember. Wahyu 1–5: ‘Kepada Anak Domba itu … Kemuliaan dan Kekuasaan Selama-lamanya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2021)

“4–10 Disember. Wahyu 1–5,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

anak domba duduk di atas rumput

4–10 Disember

Wahyu 1–5

“Kepada Anak Domba itu … Kemuliaan dan Kekuasaan Selama-lamanya”

Kitab Wahyu boleh menjadi sukar untuk kanak-kanak fahami, tetapi ia juga mengandungi ajaran penting yang indah dan mudah.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk kongsi bagaimana mereka rasa jika mereka melihat Yesus Kristus dalam penglihatan. Minta mereka untuk berkongsi apa sahaja yang mereka tahu tentang penglihatan Yohanes tentang Yesus dalam kitab Wahyu.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Wahyu 1:20

Saya boleh menyinarkan cahaya Juruselamat.

Dalam Wahyu 1:20, Juruselamat membandingkan Gereja-Nya dengan kaki pelita. Bantu kanak-kanak fahami mereka boleh menyinarkan cahaya Juruselamat dengan menjalani ajaran-ajaran-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kanak-kanak gambar sumber cahaya yang berbeza, seperti mentol lampu, lilin, dan matahari. Semasa anda baca “ tujuh buah kaki pelita itu melambangkan jemaah di tujuh buah tempat [gereja]” (Wahyu 1:20), jemput kanak-kanak untuk tunjuk pada gambar cahaya yang disebut dalam ayat ini. Bantu kanak-kanak membincangkan bagaimana kita, sebagai ahli Gereja Yesus, boleh menjadi seperti cahaya pelita—contohnya, apabila kita melakukan perkara baik untuk orang lain.

  • Nyanyikan sebuah lagu tentang menjadi cahaya kepada orang lain, seperti “Yesus Ingin Kubercah’ya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 38). Kongsi cara anda telah melihat kanak-kanak menjalani injil Yesus Kristus dan menjadi cahaya kepada orang di sekeliling mereka. Kongsi bagaimana menjadi cahaya kepada orang lain telah membantu anda merasa lebih dekat kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Wahyu 3:20

Saya dapat menjemput Yesus Kristus ke dalam kehidupan saya.

Metafora tentang Yesus berdiri di pintu dan mengetuk boleh membantu kanak-kanak faham bahawa Dia ingin mendekati mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Semasa anda baca Wahyu 3:20, tunjukkan gambar Juruselamat di pintu dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Jemput kanak-kanak untuk membayangkan Yesus sedang mengetuk pintu rumah mereka. Minta mereka bercakap tentang apa yang mereka akan lakukan.

  • Jemput kanak-kanak untuk memberitahu anda tentang masa apabila mereka menunggu seseorang yang mereka teruja untuk jumpa datang melawat rumah mereka. Bagaimanakah perasaan menunggu orang itu mengetuk pintu? Bagaimana jika kita tidak pernah memberi orang itu masuk? Baca Wahyu 3:20, dan minta kanak-kanak bergilir pegang gambar tentang Yesus dan berpura-pura mengetuk pintu. Ahli kelas yang lain boleh berpura-pura membuka pintu. Apakah yang dapat kita lakukan untuk membenarkan Yesus berada dekat dengan kita, walaupun kita tidak dapat melihat Dia?

Wahyu 5:1–10

Yesus Kristus adalah satu-satunya orang yang layak untuk menjadi Juruselamat saya.

Yohanes belajar dari penglihatannya bahawa hanya Yesus Kristus (dilambangkan oleh anak domba) dapat menjadi Juruselamat dan memenuhi rancangan Bapa (dilambangkan oleh buku yang tertutup).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Sebelum kelas, balut satu salinan Buku Seni Injil menggunakan kertas atau tali. Gunakan beberapa frasa penting dari Wahyu 5:1–10, menggambarkan penglihatan yang Yohanes melihat. Tunjukkan kanak-kanak buku itu, dan memberitahu mereka bahawa satu-satunya cara membuka buku ialah untuk mencari gambar tentang Yesus yang anda telah sembunyikan di bilik. Apabila mereka menjumpai gambar itu, buka buku itu dan kongsi dengan kanak-kanak beberapa gambar dalam buku yang mewakili berkat-berkat yang tersedia kerana Korban tebusan Yesus Kristus (seperti bait suci, pembaptisan, dan keluarga). Bersaksi bahawa Juruselamat adalah satu-satunya yang membolehkan perkara itu terjadi.

  • Ringkaskan penglihatan yang digambarkan di Wahyu 5:1–10, dan jemput kanak-kanak lakonkan bagaimana Yohanes dan orang lain rasa semasa bahagian-bahagian lain penglihatan itu. Contohnya, mereka mungkin berpura-pura menangis bila tidak ada orang yang dapat membuka buku, atau mungkin mereka bersorak apabila Juruselamat membukanya.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Wahyu 3:5, 12–21

Jika saya komited kepada injil Juruselamat, saya akan menerima berkat-berkat besar di syurga.

Bagi anda apakah makna untuk jadi “suam-suam kuku”? Pertimbangkan cara-cara untuk membantu kanak-kanak menjadi bertentangan dengan suam-suam kuku—untuk bersemangat dalam komitmen mereka kepada Juruselamat dan injil-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Wahyu 3:5, 12, 21, dan jelaskan apa-apa perkataan yang kanak-kanak mungkin tidak tahu. Apakah maksudnya untuk “menang”? Jemput kanak-kanak untuk melukis salah satu berkat yang dijanjikan dalam ayat-ayat ini dan berkongsi dengan kelas.

  • Baca bersama Wahyu 3:15–16. Minta kanak-kanak bercakap tentang perkara yang paling berguna atau menyeronokkan apabila ia panas (seperti sup) atau sejuk (seperti ais krim). Bagaimanakah sikap suam-suam kuku mengenai Juruselamat boleh menghalang kita daripada berkat-berkat yang dijanjikan dalam ayat 5, 12, dan 21?

  • Pada papan tulis, tuliskan suam suam kuku, serta beberapa sinonim, seperti separuh hati, tidak ambil peduli, atau bersahaja. Gunakan perkataan ini untuk membantu kanak-kanak memahami mengapa Tuhan tidak mahu kita menjadi suam-suam kuku. Apakah perkataan yang kita boleh fikirkan untuk gambarkan cara Dia ingin kita menjadi? Kongsi mengapa anda ingin sepenuhnya komited kepada Juruselamat, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi pendapat mereka juga.

Wahyu 3:20

Saya dapat memilih untuk membenarkan Yesus Kristus menjadi sebahagian kehidupan saya.

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar untuk membuka hati dan kehidupan mereka kepada kuasa dan pengaruh Yesus Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Semasa anda baca Wahyu 3:20, tunjukkan gambar Juruselamat di pintu dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Untuk membantu kanak-kanak cari makna dari gambar itu, jemput mereka bekerja secara berpasangan untuk menjawab soalan seperti ini: Mengapakah anda fikir Yesus mengetuk pintu? Mengapakah tidak ada tombol pintu di luar pintu? Apakah makna membenarkan Yesus ke dalam kehidupan kita?

  • Minta kanak-kanak untuk menulis di papan cara-cara lain untuk “membuka pintu” kepada Yesus. Beberapa contoh mungkin termasuk melayani orang lain, membaca tulisan suci, mematuhi perjanjian yang kita buat semasa pembaptisan, dan mengambil sakramen.

Wahyu 5:1–10

Yesus Kristus adalah satu-satunya orang yang layak untuk menjadi Juruselamat saya.

Penglihatan yang digambarkan di Wahyu 5 mengajar saya bahawa hanya Yesus Kristus yang layak dan dapat melaksanakan Korban Tebusan dan menyelamatkan kita dari dosa.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk memberitahu anda tentang masa bila mereka perlu seseorang untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak dapat melakukan sendiri. Minta mereka membaca Wahyu 5:1–10 dan mencari apa yang perlu dilakukan yang hanya satu orang dapat melakukan (terangkan bahawa Anak Domba ialah Yesus Kristus dan buku itu mewakili rancangan Tuhan). Apakah yang Yesus lakukan untuk kita yang tidak seorang pun yang dapat melakukan?

  • Minta kanak-kanak mencari lagu rohani atau lagu kanak-kanak yang bersaksi tentang Yesus Kristus. Apakah yang kata-kata lagu ini mengajar tentang Yesus Kristus? Bagaimanakah lagu ini seperti lagu rohani pujian yang dinyanyikan tentang Yesus Kristus di Wahyu 5:9–10?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka cara-cara yang mereka boleh menjemput pengaruh Juruselamat ke dalam rumah mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggalakkan rasa hormat. Salah satu bahagian penting rasa hormat ialah berfikir tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Anda boleh ingatkan kanak-kanak untuk berasa hormat dengan menyanyi lagu atau tunjukkan gambar Yesus.