Perjanjian Baru 2023
4–10 Disember. Wahyu 1–5: “Kepada Anak Domba itu … Kemuliaan dan Kekuasaan Selama-lamanya”


“4–10 Disember. Wahyu 1–5: ‘Kepada Anak Domba Itu … Kemuliaan dan Kekuasaan Selama-lamanya,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“4–10 Disember. Wahyu 1–5,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

anak domba duduk di atas rumput

4–10 Disember

Wahyu 1–5

“Kepada Anak Domba itu … Kemuliaan dan Kekuasaan Selama-lamanya”

Pertimbangkan untuk menulis soalan yang anda ada tentang apa yang anda baca dalam Wahyu. Anda boleh mencari jawapan kepada soalan-soalan anda atau bincangkannya dengan seorang ahli keluarga atau dalam kelas-kelas Gereja.

Mencatat Tanggapan Anda

Pernahkah anda sukar untuk luahkan kepada orang lain perasaan anda ketika mengalami pengalaman rohani yang kuat? Bahasa seharian terasa tidak mencukupi untuk menggambarkan perasaan dan tanggapan rohani. Mungkin ini adalah kenapa Yohanes gunakan lambang yang kaya dan berupa gambaran untuk menggambarkan wahyu agungnya. Dia boleh dengan mudah mengatakan bahawa dia telah melihat Yesus Kristus, tetapi untuk membantu kita memahami pengalamannya, dia gambarkan Juruselamat dengan perkataan seperti ini: “Mata-Nya bernyala-nyala seperti api,” “dari mulut-Nya keluar sebilah pedang tajam yang bermata dua,” dan “Muka-Nya terang seperti matahari pada waktu tengah hari” (Wahyu 1:14–16). Semasa anda membaca kitab Wahyu, cuba cari pesanan yang Yohanes ingin anda pelajari dan rasakan, walaupun jika anda tidak fahami makna setiap lambang itu. Mengapakah dia membandingkan jemaah gereja dengan kaki pelita, Setan dengan naga, dan Yesus Kristus dengan anak domba? Anda tidak perlu fahami setiap lambang dalam Wahyu untuk memahami tema pentingnya, termasuk tema paling menonjol: Yesus Kristus dan para pengikut-Nya akan memperoleh kejayaan atas kerajaan manusia dan Setan.

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Penglihatan Yohanes mengajar tentang rancangan Bapa Syurgawi untuk menyelamatkan anak-anak-Nya.

Kitab Wahyu mungkin sukar difahami, tetapi jangan berputus asa. Janji Yohanes boleh mengilhami anda untuk terus mencuba: “Diberkatilah mereka yang membaca, dan mereka yang mendengar dan memahami perkataan-perkataan nubuat ini taat kepada hal-hal yang tertulis di dalamnya, kerana masa kedatangan Tuhan semakin dekat” (Terjemahan Joseph Smith, Wahyu 1:3 [di Panduan Tulisan Suci], penekanan ditambah).

Salah satu cara untuk mengkaji Wahyu adalah untuk mencari kaitannya dengan rancangan keselamatan. Gambaran keseluruhan umum ini boleh membantu anda:

  • Bab 5 dan 12 menggambarkan peristiwa dalam kehidupan pra-fana.

  • Bab 6–11, 13–14, 16–19 menggambarkan kehidupan fana dan peristiwa dalam sejarah bumi.

  • Bab 2–3, 15, 20–22 menggambarkan Penghakiman Terakhir dan kemuliaan yang menunggu orang yang beriman.

Semasa anda membaca, tanya diri anda, “Apakah yang ini ajarkan saya tentang rancangan Tuhan? Apakah yang Tuhan telah lakukan untuk membantu saya mengatasi kejahatan dan kembali kepada-Nya? Apakah janji-janji-Nya kepada orang yang beriman?”

Ia turut membantu untuk tahu bahawa Ajaran dan Perjanjian 77 menjelaskan beberapa lambang yang digunakan dalam Wahyu. Tambahan juga, Terjemahan Joseph Smith menjelaskan beberapa ayat dalam Wahyu, jadi periksa nota kaki dan Bantuan Kajian dengan kerap.

Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Yohanes,” “Wahyu kepada Yohanes.”

Wahyu 1

Yesus Kristus ialah Putera Tuhan Yang Hidup.

Bab pertama Wahyu menggambarkan Yesus Kristus muncul kepada Yohanes dalam satu penglihatan. Mungkin anda boleh membuat senarai segala yang bab ini katakan tentang Yesus Kristus, termasuk siapa Dia, apa yang Dia lakukan untuk kita, dan sifat-Nya.

Beberapa hal yang anda pelajari akan datang dari lambang-lambang. Renungkan apa yang Tuhan mungkin cuba mengajar anda tentang Diri-Nya melalui lambang-lambang ini. Contohnya, perhatikan bahawa Juruselamat memanggil diri-Nya “yang pertama dan yang terakhir”. Mengapakah gelaran ini penting? Apakah yang gelaran ini ajarkan anda tentang Juruselamat?

Wahyu 2–3

Yesus Kristus mengenali saya secara peribadi dan akan bantu saya mengatasi cabaran saya.

Firman Juruselamat dalam Wahyu 2–3 mengungkapkan bahawa Dia memahami kejayaan dan kesusahan berbeza untuk setiap cabang Gereja di masa Yohanes. Dia memuji usaha para Orang Suci dan juga memperingatkan mereka tentang hal-hal yang mereka perlu untuk berubah. Apakah yang anda pelajari dari pujian dan peringatan Juruselamat?

Juruselamat juga memahami kejayaan dan perjuangan anda, dan Dia ingin membantu anda. Perhatikan janji-janji yang Dia kerap berikan kepada mereka yang telah mengatasi. Apakah yang anda kagum tentang janji-janji ini? Apakah yang Tuhan ingin anda atasi? Apakah yang anda boleh lakukan untuk menerima bantuan-Nya?

Wahyu 4–5

Hanya Yesus Kristus dapat menjadikan rancangan Bapa Syurgawi terjadi.

Apakah yang anda pelajari tentang Bapa Syurgawi dari Wahyu 4 dan tentang Yesus Kristus dari Wahyu 5? Pertimbangkan bagaimanakah jika kita semua sedar bahawa Yesus Kristus (“Anak Domba”) boleh memungkinkan rancangan Bapa Syurgawi (Juruselamat boleh “memecahkan tujuh buah meterai itu, dan membuka gulungan naskhah itu” [Wahyu 5:5]). Mengapakah Yesus Kristus saja dapat melakukan ini? Bagaimanakah anda dapat tunjukkan iman anda kepada Dia sebagai Juruselamat anda?

Lihat juga Ayub 38:4–7; Ajaran dan Perjanjian 77:1–7.

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Wahyu 1:20.Mengapakah Yesus membandingkan Gereja-Nya dengan kaki pelita? (lihat Matius 5:14–16). Nyanyikan lagu tentang bagaimana kita boleh menjadi seperti cahaya di atas kaki pelita, seperti “Bersinar T’rus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 96).

Wahyu 2–3.Bayangkan Yohanes diminta untuk memberi satu pesanan kepada keluarga anda seperti yang dia berikan kepada gereja sewaktu zamannya. Apakah yang akan dia katakan berjalan dengan baik? Bagaimana anda memperbaiki?

Wahyu 3:15–16.Selepas membaca ayat-ayat ini, keluarga anda boleh minum sesuatu yang suam-suam yang lebih lazat diminum jika panas atau sejuk. Apakah maksud suam-suam kuku secara rohani?

Wahyu 3:20.Tunjukkan gambar Juruselamat mengetuk pintu (lihat hujung panduan ini) semasa keluarga anda membaca Wahyu 3:20. Mengapakah Yesus hanya mengetuk dan tidak terus masuk ke dalam? Ahli keluarga boleh bergilir mengetuk pintu. Kemudian seseorang dalam keluarga boleh cadangkan cara kita boleh “membuka pintu” kepada Juruselamat dan benarkan ahli keluarga masuk. Bagaimanakah perasaan adanya Juruselamat di rumah kita?

Wahyu 4:10–11.Apakah maksudnya untuk menyembah Bapa Syurgawi? Apakah yang kita tahu tentang Dia yang membuat kita ingin menyembah-Nya?

Wahyu 5:6, 12–13.Mengapakah Yesus Kristus dipanggil “Anak Domba”? Apakah yang panggilan ini ajarkan kita tentang Dia?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu rohani cadangan: “Yesus Lahir Sahaja,” Nyanyian Rohani, no. 84.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggalakkan pertanyaan. Soalan adalah tanda bahawa ahli keluarga telah sedia untuk belajar dan memberi pandangan terhadap bagaimana mereka bertindak atas apa yang telah mereka diajar. Ajarkan keluarga anda bagaimana untuk mencari jawapan di dalam tulisan suci. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 25–26.)

Kristus sedang mengetuk pintu

Let Him In [Izinkan-Nya Masuk], oleh Greg K. Olsen