Perjanjian Baru 2023
25–31 Disember. Wahyu 15–22: “Sesiapa Yang Menang Akan [Mewarisi] Hak Ini Daripada-Ku”


“25–31 Disember. Wahyu 15–22: ‘Sesiapa Yang Menang Akan [Mewarisi] Hak Ini Daripada-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“25–31 Disember. Wahyu 15–22,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Yesus Kristus menyambut orang-orang pada Kedatangan Kedua-Nya

The City Eternal [Kota yang Abadi], oleh Keith Larson

25–31 Disember

Wahyu 15–22

“Sesiapa Yang Menang Akan [Mewarisi] Hak Ini Daripada-Ku”

Kadangkala halangan terbesar dalam pembelajaran ialah andaian bahawa kita tidak perlu belajar—bahawa kita sudah tahu. Semasa anda membaca tulisan suci, bukalah minda anda kepada pemahaman baru yang Tuhan ingin berikan kepada anda.

Catat Tanggapan Anda

Anda mungkin ingat, kitab Wahyu bermula dengan Juruselamat mengisytiharkan diri-Nya sebagai “yang pertama dan yang terakhir” (Wahyu 1:8). Ia berakhir dengan kata-kata yang serupa: “Akulah … yang awal dan yang penghujung” (Wahyu 22:13). Tetapi apakah maksud itu? Yang awal dan yang penghujung untuk apa? Kitab Wahyu bersaksi bahawa Yesus Kristus ialah permulaan dan pengakhiran segalanya—kewujudan dan keselamatan manusia. Dia adalah “Anak Domba yang sudah disembelih [sebelum pengasasan dunia]” (Wahyu 13:8). Dan Dialah Raja atas raja-raja yang membawa pengakhiran kepada kejahatan, kesedihan, dan juga kematian itu sendiri dan membawa “langit baru dan bumi baru” (Wahyu 21:1).

Namun sebelum langit baru dan bumi baru ini tiba, terdapat banyak untuk kita atasi: wabak, peperangan, kejahatan yang berleluasa—semua yang Wahyu gambarkan dengan jelas. Tetapi Yesus Kristus juga bersama kita dalam bahagian ini. Dia ialah “bintang timur yang terang itu” yang bersinar di langit gelap sebagai janji bahawa subuh akan datang tidak lama lagi (Wahyu 22:16). Dan ia akan datang tidak lama lagi. Dia akan datang. Bahkan seperti Dia menjemput kita, “Marilah kepada-Ku” (Matius 11:28), Dia juga datang kepada kita. “Aku akan segera datang,” Dia mengisytiharkan. Dan dengan harapan dan iman yang telah dimurnikan dalam api kesusahan zaman akhir, kita menjawab, “Datanglah, ya Tuhan Yesus!” (Wahyu 22:20).

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Wahyu 16–18; 21–22

Tuhan menjemput saya untuk keluar dari Babel dan mewarisi “kota kudus.”

Selepas menyaksikan kehancuran dan bahaya zaman akhir, Yohanes melihat hari yang akan datang yang boleh disimpulkan dalam perisytiharan Tuhan “Sekarang Aku menjadikan semuanya baru” (Wahyu 21:5). Satu cara untuk fahami maksudnya adalah untuk membandingkan gambaran Yohanes tentang Babel, lambang keduniaan dan kejahatan (lihat Wahyu 16–18), dengan gambarannya tentang Yerusalem baharu, lambang kemuliaan selestial dalam hadirat Tuhan (lihat Wahyu 21–22). Carta di bawah boleh membantu anda:

Babel

Yerusalem Baru

Babel

Wahyu 16:3–6

Yerusalem Baru

Wahyu 21:6; 22:1–2, 17

Babel

Wahyu16:10; 18:23

Yerusalem Baru

Wahyu 21:23–24; 22:5

Babel

Wahyu 17:1–5

Yerusalem Baru

Wahyu 21:2

Babel

Wahyu 18:11, 15

Yerusalem Baru

Wahyu 21:4

Babel

Wahyu 18:12–14

Yerusalem Baru

Wahyu 21:18–21; 22:1–2

Apakah perbezaan lain yang anda lihat?

Anda juga boleh merenungkan apakah maksud untuk “keluarlah dari” Babel (Wahyu 18:4). Apakah yang anda temui dalam Wahyu 21–22 yang mengilhami anda untuk berbuat demikian?

Yesus bersama orang-orang penuh cahaya di sebelah kanan-Nya dan orang-orang dalam kegelapan di kiri-Nya

The Last Judgement [Penghakiman Terakhir], oleh John Scott

Wahyu 20:12–15; 21:1–4

Semua anak Tuhan akan dihakimi menurut kitab kehidupan.

Andaikan seorang pengarang menulis satu buku tentang hidup anda. Apakah butiran dan pengalaman yang anda ingin masukkan? Jika anda tahu tindakan masa depan anda akan dirakamkan, bagaimanakah anda akan jalani kehidupan anda secara berbeza? Fikirkan tentang ini semasa anda baca Wahyu 20:12–15. Apa yang anda harapkan akan ditulis tentang anda dalam kitab kehidupan? Bagaimanakah anda menggambarkan peranan Juruselamat dalam kitab kehidupan anda? Pada pendapat anda, mengapakah penting ia dipanggil “[kitab kehidupan] yang dimiliki oleh Anak Domba”? (Wahyu 21:27).

Jika fikiran untuk berdiri di hadapan Tuhan untuk dihakimi tidak selesa bagi anda, pertimbangkan untuk baca Wahyu 21:1–4. Merujuk kepada ayat-ayat ini, Elder Dieter F. Uchtdorf berkata:

“Hari Penghakiman akan menjadi hari belas kasihan dan kasih sayang—satu hari apabila hati yang hancur menjadi sembuh, apabila air mata kesedihan digantikan dengan air mata kesyukuran, apabila semua perkara akan dibetulkan. Ya, akan ada kesedihan yang mendalam kerana dosa. Ya, kita mempunyai penyesalan dan juga kesedihan kerana kesilapan kita, kebodohan kita, dan kedegilan kita yang menyebabkan kita terlepas peluang untuk masa depan yang lebih besar.

“Tetapi saya mempunyai keyakinan bahawa kita bukan sahaja akan berpuas hati dengan penghakiman Tuhan; kita akan juga hairan dan terharu dengan pemberian-Nya yang tidak terhingga, belas kasihan, kemurahan hati, dan kasih sayang-Nya kepada kita, anak-Nya” (“Ya, Betapa Agungnya Rancangan Tuhan Kita!,” Liahona, Nov. 2016, 21).

Bagaimanakah kebenaran-kebenaran ini mempengaruhi pandangan anda tentang Penghakiman Terakhir? Apakah yang kebenaran-kebenaran ini ilhami anda untuk ubah dalam hidup anda?

Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Kitab Kehidupan.”

Wahyu 22:18–19

Adakah ayat ini bermaksud tidak ada tulisan suci tambahan lagi selain Alkitab?

Sesetengah orang gunakan Wahyu 22:18–19 sebagai sebab untuk menolak Kitab Mormon dan ayat suci zaman akhir yang lain.

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Wahyu 15:2–4.Semasa keluarga anda bincangkan ayat-ayat ini, yang merujuk kepada “nyanyian Musa” dan “nyanyian Anak Domba,” anda boleh baca nyanyian Musa dalam Keluaran 15:1–19, bersama lagu-lagu lain yang disebutkan dalam tulisan suci, seperti Ajaran dan Perjanjian 84:98–102. Mengapakah mereka yang “mengalahkan binatang itu” (Wahyu 15:2) menyanyikan nyanyian seperti ini? Mungkin keluarga anda boleh menyanyikan lagu rohani atau lagu pujian kanak-kanak.

Wahyu 19:7–9.Mungkin anda boleh melihat gambar-gambar perkahwinan dari sejarah keluarga anda atau bercakap tentang masa ketika keluarga anda menghadiri majlis perkahwinan. Mengapakah perkahwinan merupakan perbandingan yang baik untuk perjanjian Tuhan dan Gereja-Nya? (Lihat juga Matius 22:1–14.)

Wahyu 20:2–3.Bagaimanakah 1 Nefi 22:26 membantu kita memahami maksud Setan “diikat”?

Wahyu 22:1–4.Apakah maksud nama Juruselamat “ditulis pada dahi [kita]”? (Wahyu 22:4; lihat juga Keluaran 28:36–38; Mosia 5:7–9; Alma 5:14; Moroni 4:3; Ajaran dan Perjanjian 109:22.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Bila Yesus Datang Lagi”, Buku Nyanyian Anak-anak, 46–47.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Susuli jemputan untuk bertindak. Apabila anda membuat pertanyaan susulan dalam jemputan anda, anda menunjukkan [ahli keluarga anda] bahawa anda kisah tentang mereka dan bagaimana injil sedang memberkati hidup mereka. Anda juga memberi mereka peluang untuk berkongsi pengalaman mereka” (Teaching in the Savior’s Way35).

Yesus Kristus menunggang seekor kuda dari syurga pada Kedatangan Kedua-Nya.

Kristus dalam jubah merah duduk di atas kuda putih.